CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3190|Reply: 2

[Kedah] Tindakan tegas terhadap penduduk Kedah rentas negeri ke Perlis

[Copy link]
Post time 8-10-2021 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan tegas terhadap penduduk Kedah rentas negeri ke Perlis[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - Oktober 8, 2021 @ 12:43pmbhnews@bh.com.my


Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penduduk di Kedah yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran ke Perlis. - Foto NSTP



ALOR SETAR: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penduduk di negeri ini yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa sehingga menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Perlis ketika ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya memandang serius isu itu dan akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

"Kita akan siasat dan semak individu yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran dan didapati positif COVID-19 di Perlis.

"Jika ada penduduk negeri ini yang didapati rentas negeri ke Perlis tanpa kebenaran dan menyebabkan jangkitan virus itu di sana (Perlis), polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas, termasuk kompaun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarul Zaman berkata, pihaknya juga akan melakukan pemantauan dan rondaan di kawasan lorong tikus yang dikenal pasti digunakan penduduk Kedah untuk menyeberang masuk ke Perlis.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata kes jangkitan harian COVID-19 di Perlis didapati melonjak ke paras tertinggi akibat aktiviti rentas negeri secara haram.

Katanya, sebanyak 200 kes COVID-19 dilaporkan di Perlis semalam, dipercayai akibat aktiviti rentas negeri secara haram dilakukan penduduk tempatan dari Kedah.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
setelah sekian lama merentas tiba3 bru smkm nak naik ehhh? peluang la utk DiGi merempan ada alsan nti xjd bg rentas sbb org kedah degil katanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 09:23 PM | Show all posts
tererlah kalau dapat handle orang2 kedah nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 1.922238 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list