CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4337|Reply: 38

[Sarawak] Sambutan Hari Jadi Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak , Tun

[Copy link]
Post time 8-10-2021 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 10-10-2021 11:14 AM
KUCHING, 8 Oktober: Enam jalan ditutup dan dilencongkan di lokasi tembakan meriam di Tebingan Kuching berhampiran Square Tower sempena sambutan Hari Jadi Ke-85 Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bermula jam 8 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah dalam kenyataan hari ini berkata jalan berkenaan melibatkan Jalan Main Bazaar, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Barrack/ Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Market, Lebuh Java dan Jalan Gambier.  

Katanya, penutupan dan lencongan jalan tersebut dijangka berakhir selepas selesai tembakan das meriam sekitar jam 10.30 pagi.

Bagaimanapun, katanya, keperluan penutup dan lencongan jalan itu bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan kepada aliran trafik oleh pegawai polis trafik yang bertugas agar tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

ACP Ahsmon dalam pada itu menasihati pengguna jalan raya agar tidak meletakkan kenderaan mereka di sekitar Jalan Main Bazaar, Jalan Old Court House, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Barrack dan juga sekitar lokasi tembakan meriam dalam jarak 100 meter bagi mengelakkan berlaku gegaran.

Ujarnya, pihak Polis akan mengambil tindakan penguatkuasaan kepada mana-mana individu yang mengingkari arahan tersebut.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah dak helikopter gasak melintas d udara...ingat ada pemimpin besar nk datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2021 06:40 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2021 06:41 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 8-10-2021 06:40 PM
Patutlah dak helikopter gasak melintas d udara...ingat ada pemimpin besar nk datang.
orang have2 nak sambut befday ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 8-10-2021 06:41 PM
orang have2 nak sambut befday ...

Kita tukang nanggar jak....nanggar helikopter jadilah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurusnyaa wife dia.. lainnn sgt rupanya..
So isnin cuti ke kat sana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2021 07:21 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 8-10-2021 06:58 PM
Kita tukang nanggar jak....nanggar helikopter jadilah.
kamek urang d ulu tuk... kipas heli pun sik nampak



best na jadi urang have2 ...

antara selingan raptai persembahan








credit


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2021 07:25 PM | Show all posts
upper_case replied at 8-10-2021 07:07 PM
Kurusnyaa wife dia.. lainnn sgt rupanya..
So isnin cuti ke kat sana?
memang makin kurus ... tapi ... tak la sekurus sangat camtu rasa nya ...

pasal cuti ... tak tau lagi ... lom ada update ...
sebab kalo ikut takde ...
https://publicholidays.com.my/ms/sarawak/2021-dates/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 8-10-2021 07:21 PM
kamek urang d ulu tuk... kipas heli pun sik nampak



Amboi, tgh gik covid ada juak buat persembahan...mentang2 swak dah dpt tempat ke-2 negeri tertinggi covid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2021 07:28 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 8-10-2021 07:26 PM
Amboi, tgh gik covid ada juak buat persembahan...mentang2 swak dah dpt tempat ke-2 negeri tertingg ...
rasa nya ...

sebab "tuk" la cepat dapat rentas daerah


tapi yalah tek...
pandei2 jaga dirik mpun jak kinek tuk...

oximeter jangan lupak meli deng ...


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap meriam bagai wlpn covid2 ni... Bergegarla nanti kt situ... Tp seriousla ... Kurus giler wifenya. Terus berubah muka...

Kuching... Tempat aku ilang kasut Nike. Baru pakai pulak tu. Baru betul2 sampai kuching terus kena rembat kasut... Org kuching tlg tengok2kan nike hi cut aku tu ya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Revolver replied at 8-10-2021 08:22 PM
Siap meriam bagai wlpn covid2 ni... Bergegarla nanti kt situ... Tp seriousla ... Kurus giler wifenya ...

Alamak..siannya...kimsalam jelah dgn kasut tu...hihi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2021 09:20 PM | Show all posts
Revolver replied at 8-10-2021 08:22 PM
Siap meriam bagai wlpn covid2 ni... Bergegarla nanti kt situ... Tp seriousla ... Kurus giler wifenya ...
O tedah ...

mesti geram gegiler kan ... camne boleh hilang ...?


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 09:28 PM | Show all posts
wow.. kebanggaan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2021 09:31 PM | Show all posts
KUCHING, Tuan Yang Terutama, Yang Di- Pertua Negeri Sarawak , Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib diringi oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg hadir ke Majlis Istiadat Rasmi Sambutan Hari Lahir TYT Sarawak ke 85 bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini tadi.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari ditemani isteri, Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Hajjah Juma'ani bin Tun Tuanku Haji Bujang telah tiba kira-kira pada jam 9.50 pagi ini tadi.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku , disertai dengan beberapa das tembakan meriam diikuti persembahan warna -warni bagi memeriahkan acara sambutan Hari Lahir TYT Sarawak ke 85 hari ini.














Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2021 09:33 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2021 09:39 PM | Show all posts
KUCHING, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib bersama-sama YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menghadiri Majlis Kesyukuran  Sempena Sambutan Hari Lahir TYT Sarawak ke 85 bertempat di Masjid Jamek Petra Jaya malam ini tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimami oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi, dan diikuti dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai dan kemudiannya tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin. Majlis kemudiannya diakhiri dengan solat Isyak secara berjemaah dan doa kesyukuran.

Hadir sama di majlis kesyukuran berkenaan adalah Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pendidikan, Sains, dan Penyelidikan Teknologi dan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, YB Dr. Annuar Rapa'ee dan beberapa kenamaan lain.








Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 9-10-2021 09:20 PM
O tedah ...

mesti geram gegiler kan ... camne boleh hilang ...?

Masa tu mmg baru betul2 sampai.Terus dari airport pergi rmh bos. Masuk dlm rmh dia x sampai 15 minit anak kecik dia umur 10thn ckp kasut nike dh hilang... Nk nangis rasanya... Baru beli kot...

Lps ni kalau pegi kuching mmg nk pakai selipar je lah. Opismate pun kalau ada yg pegi kuching mesti ada yg gigih tipon ckp dh jumpa dh kasut yg ilang tu... Sabor aje la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2021 07:37 AM | Show all posts
Revolver replied at 10-10-2021 07:28 AM
Masa tu mmg baru betul2 sampai.Terus dari airport pergi rmh bos. Masuk dlm rmh dia x sampai 15 min ...
camne la boleh hilang

rumah boss tu tak berpagar ke...?

giler la pencuri tu cepat betol buat kerja
tak pun kerja orang dalaman ...?

Opismate pun kalau ada yg pegi kuching mesti ada yg gigih tipon ckp dh jumpa dh kasut yg ilang tu... Sabor aje la..
gigih juga lah dier rang menyakat






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2021 07:38 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.066797 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list