CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2104|Reply: 0

[Kedah] Pasang segera sistem amaran awal Gunung Jerai

[Copy link]
Post time 7-10-2021 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Pasang segera sistem amaran awal Gunung Jerai[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 7, 2021 @ 2:52pmbhnews@bh.com.my


Ku Abdul Rahman (kiri) menyerahkan bantuan wang tunai RM500 kepada mangsa banjir lumpur di kaki Gunung Jerai, di dewan Masjid Jamek Badlishah, di sini, hari ini. - .NSTP/Noorazura Abdul Rahman



YAN: Kerajaan Persekutuan diminta memasang segera sistem amaran awal di Gunung Jerai bagi mengelak bencana yang mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan harta berulang di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail, berkata setiap kali hujan lebat, air cepat memenuhi sungai yang mengalir ke kawasan kampung di kaki Gunung Jerai.

Katanya, pemasangan sistem amaran awal itu sekurang-kurangnya mampu memberi peringatan awal jika berlaku fenomena kepala air di kawasan hulu.

"Persoalan timbul dalam kalangan penduduk adakah tragedi kepala air ini akan berlaku lagi, sebab jika berlaku kita tidak ada apa-apa maklumat (amaran awal) sedangkan negara seperti Jepun mampu memberi amaran awal seperti ribut dan bencana alam kepada penduduknya.

"Sekiranya dipasang sistem amaran, pihak berkuasa boleh memaklumkan kepada penduduk terutama ya mereka yang tinggal di kaki gunung dan berhampiran sungai untuk bersiap sedia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan wang ihsan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) kepada mangsa banjir lumpur di Masjid Jamek Badlishah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian fenomena kepala air dan banjir lumpur pada 18 Ogos lalu, enam nyawa terkorban dan lebih 1,000 rumah penduduk di kaki Gunung Jerai di daerah Yan dan Kuala Muda terjejas.

Semalam, media melaporkan kerajaan sedang mengkaji bagi melaksanakan sistem amaran awal bagi memberi makluman awal kepada penduduk supaya dapat bersiap sedia menghadapi bencana banjir.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman, berkata pada peringkat permulaan, pihaknya merancang memasang sistem itu di Gunung Jerai, susulan bencana kepala air yang berlaku.

Ku Abdul Rahman yang juga Pengerusi Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Pengajian Tinggi negeri berkata, ketika ini perancangan pembinaan sistem amaran terbabit sudah ada dan dijangka membabitkan kos RM4 juta.

"Sistem amaran awal ini bukan siren yang akan berbunyi, tetapi ia suatu sistem yang mampu mengesan lebih awal jika berlaku kepala air selepas ini.

"Sistem ini sangat diperlukan, tambahan pula ketika ini musim hujan dan air pasang, penduduk pula semakin bimbang," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056603 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list