CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2374|Reply: 2

[Kedah] Mangsa rentung dikenal pasti suami isteri

[Copy link]
Post time 7-10-2021 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa rentung dikenal pasti suami isteri[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 7, 2021 @ 12:31pmbhnews@bh.com.my


Kereta Perodua Myvi yang terbakar di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba



ALOR SETAR: Dua mangsa yang rentung apabila kereta Perodua Myvi dinaiki terbakar di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, awal pagi tadi, dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pemandu maut dalam kejadian itu dikenali sebagai Lim Gi Ying, 21, berdasarkan akuan daripada waris.

Beliau berkata, penumpang hadapan kereta itu yang turut terkorban adalah isteri mangsa, Tan Sun Wen, 19.

"Pasangan itu dipercayai tidak bekerja dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pejabat Pertanyaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, menerima maklumat mengenai kemalangan jalan raya di lokasi kejadian pada jam 3.15 pagi yang membabitkan sebuah kereta dipercayai terbabas di persimpangan lampu isyarat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Shukri berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai bergerak dari lampu isyarat Tesco Mergong ke arah lampu isyarat Raden.

Namun, katanya, kereta terbabit dipercayai gagal dikawal ketika menghampiri lampu isyarat lalu terbabas ke kiri pembahagi jalan.

Seterusnya, beliau berkata, kereta itu melanggar tiang papan tanda di kiri jalan dan terbabas ke kanan laluan utama.

"Kenderaan itu kemudian terhenti di lorong kanan arah yang sama dan terbakar di tempat kejadian.

"Pasangan itu disahkan meninggal dunia dan terbakar dalam kenderaan di tempat kejadian," katanya.

Ahmad Shukri berkata, identiti mangsa di tempat duduk pemandu disah berdasarkan maklumat daripada waris, manakala MyKad isterinya pula ditemui dalam beg pada badan penumpang hadapan.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kedua-dua mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
RIP.muda sgt lg
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.
Kalau langgar orang identiti pelaku dirahsiakan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.089017 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list