CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2303|Reply: 3

[Kedah] Pilunya apabila Covid-19 ragut nyawa abang, kakak dan ayah

[Copy link]
Post time 6-10-2021 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Pilunya apabila Covid-19 ragut nyawa abang, kakak dan ayah[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my


JENAZAH Othman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, Merbok, Sungai Petani. FOTO ihsan pembaca



Sungai Petani: Pemergian tiga ahli keluarga akibat Covid-19 sangat meninggalkan kesan buat seorang anggota polis wanita yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Sarjan Mejar Nor Husaini Othman, 32, berkata biarpun tidak kuat untuk menerima berita kematian seorang demi seorang ahli keluarga disayangi iaitu abang, kakak dan ayahnya, dia tetap reda dengan ketentuan Ilahi.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, dia pada mulanya menerima berita pemergian abang, Allahyarham Khairulzaman, 40, yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, awal September lalu.

"Arwah abang yang masih bujang dan bekerja di syarikat swasta meninggal dunia pada 3.14 pagi 4 September lalu.

"Belum reda kesedihan pemergian arwah, kami sekeluarga dikejutkan pula dengan berita kakak yang meninggal dunia di klinik swasta pada 16 September lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, arwah kakaknya, Noorhafizah, 37, pada mulanya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan serta mengambil ubat kerana mengalami batuk tanpa henti.

Bagaimanapun, katanya, arwah meninggal dunia di klinik terbabit pada 1.20 tengah hari 16 September lalu dan punca kematiannya disahkan akibat jangkitan Covid-19.

"Arwah kakak masih bujang serta tidak bekerja dan dia menjaga ibu serta bapa yang memang memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak.

"Kami kemudian terpaksa menerima hakikat amat menyedihkan bapa, Allahyarham Othman Bakar, 71, meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di HSAH, Isnin lalu.

"Saya adalah anak yang rapat dengan arwah dan kali terakhir kami bertemu seminggu sebelum bapa dimasukkan ke hospital pada 2.30 pagi dua hari lalu, sebelum disahkan meninggal dunia pada 2.15 petang Isnin lalu," katanya.

Menurutnya, arwah bapanya sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin manakala abang dan kakaknya pula belum menerima sebarang suntikan vaksin.

Katanya, arwah bapa, abang dan kakaknya tinggal di Taman Delima, di sini bersama ibunya yang berusia 64 tahun.

"Ibu saya baru selesai menjalani kuarantin di hospital dan sudah dibenarkan pulang.

"Jenazah mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, Merbok," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 6, 2021 @ 9:09pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2021 09:29 PM | Show all posts
Al-fatihah.   
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah
Takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 12:04 PM | Show all posts
salam takziah. al-fatihah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.163008 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list