CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1718|Reply: 0

[Kedah] 'Syukur diberi peluang kedua'

[Copy link]
Post time 6-10-2021 05:40 PM | Show all posts |Read mode
'Syukur  diberi  peluang kedua'[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my


Siti Najihah bersama bapa tiri yang terlantar di rumah mereka di Jalan Mawar 9, Ambangan Heights. FOTO IZAD THAQIF HASSAN



Sungai Petani: Tidak sempat istiqomah selain enggan membebani ibu membuatkan seorang anak sanggup merahsiakan penyakit dialami yang boleh meragut nyawanya pada bila-bila masa ketika itu.

Malah, anak perempuan bongsu daripada tujuh beradik itu, Siti Najihah Zakaria, 25, berdegil kerana enggan melakukan pembedahan selepas ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) menunjukkan yang dia mengalami pendarahan dalam otak kerana dia mahu bertaubat dan memohon ampun kepada Tuhan.

Selain tidak mahu ibu mengetahui penyakit ditanggung, Siti Najihah juga enggan melakukan pembedahan itu kerana lebih rela sekiranya Tuhan mengambil nyawanya ketika dia berada di rumah di samping keluarga tersayang.

Malah, dia juga mendakwa terpaksa mengambil risiko menolak menjalani pembedahan supaya dapat belajar dan mendalami ajaran Islam sekiranya diberikan peluang oleh Allah SWT dan reda jika meninggal dunia dalam keadaan dirinya yang sempat bertaubat.

"Jika setuju untuk menjalani pembedahan saya bimbang mengenangkan risiko yang bakal dihadapi dengan pelbagai kemungkinan mungkin akan berlaku antaranya koma, lumpuh dan meninggal dunia.

"Sekiranya saya tidak sedarkan diri selepas pembedahan ini bermakna saya tidak sempat bertaubat dan mungkin juga akan meninggal dunia dalam keadaan yang terpalit dengan dosa silam," katanya yang ditemui di rumahnya di Jalan Mawar 9, Ambangan Heights, dekat sini hari ini.

Siti Najihah yang dilihat mengalirkan air mata ketika berkongsi pengalaman ditempuhnya itu mengakui yang dia memang lalai kerana terlalu inginkan kebebasan ketika usianya meningkat remaja.

"Ketika usia 16 tahun, saya hanya fikir untuk berseronok dengan rakan-rakan dan jiwa menjadi kosong dengan mula menjauhkan diri daripada melakukan amal ibadat.

"Selain itu, hati saya memberontak mungkin kerana ingin melepaskan tekanan dan mahu melupakan masalah perceraian yang berlaku antara ibu dan bapa ketika saya berusia lapan tahun," katanya yang kini mencari rezeki dengan membuat dan menjual produk makanan sejuk beku yang diusahakan bersama kakaknya, Siti Norshihah Zakaria, 38.

Menurutnya, selepas tamat belajar dia melakukan pelbagai kerja untuk mencari rezeki dengan gaji diperoleh diberikan kepada ibunya, Che Kamariah Saad, 60, namun walaupun usia makin meningkat dia masih lalai dan lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan meneruskan kehidupan berseronok dengan rakan-rakan.

"Semakin meningkat usia, saya bertambah alpa dengan ketika itu langsung tidak memikirkan tentang penjagaan aurat serta bangga kerana rambut berwarna dan berpakaian ketat di khalayak ramai.

"Saya tahu semua yang dilakukan itu mengundang dosa namun masih enggan berubah kerana memikirkan usia masih muda," katanya.

Menurutnya, kehidupan bebas yang dijalaninya mula diuji pada 2019 lalu apabila tangan kirinya secara tiba-tiba tidak bergerak selepas bangun daripada tidur.

"Abang ipar membawa saya menjalani pemeriksaan di pusat pakar saraf di Kulim namun doktor tidak dapat mengesan penyakit dialami kerana mendakwa saya masih muda dan mmeberi surat untuk merujuk kes ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

"Hasil pemeriksaan di HSAH mendapati ada ketumbuhan kecil dan pendarahan dalam kepala dan saya dibawa ke zon merah untuk mejalani MRI," katanya yang ketika itu turut berpesan kepada abang ipar supaya tidak memberitahu ibu mengenai penyakit dialami.

Menurutnya, dia terpaksa merahsiakan masalah kesihatan dialami kerana enggan membebani ibu yang menjaga ayah tiri di rumah kerana baru selesai menjalani pembedahan juga akibat pendarahan dalam kepala.

"Apa yang paling saya bimbang adalah kerana tidak sempat bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah dan disebabkan itu saya berkeras tidak mahu menjalani pembedahan walaupun disaran doktor.

Disiarkan pada: Oktober 6, 2021 @ 3:43pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.271519 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list