CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2551|Reply: 9

[Kedah] Tiga beradik naik motosikal dirempuh pikap

[Copy link]
Post time 4-10-2021 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Tiga beradik naik motosikal dirempuh pikap[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 4, 2021 @ 8:40pmbhnews@bh.com.my


Keadaan mangsa kemalangan motorsikal yang dinaiki tiga beradik dirempuh sebuah pacuan empat roda di di Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani hari ini.



SUNGAI PETANI: Seorang remaja perempuan maut manakala dua adik lelakinya cedera selepas motosikal ditunggang terbabit dalam nahas dengan sebuah pikap di Jalan Sidam Kiri di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama dua adiknya berusia sembilan dan 11 tahun dikatakan melintas untuk pulang ke rumah di Kampung Sapi, Padang Buluh, Padang Serai di sini.

"Motosikal itu melintas secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu Toyota Hilux berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala ke Padang Serai tidak sempat membrek lalu merempuh motosikal terbabit.

"Susulan pelanggaran pada jarak dekat, tiga beradik itu tercampak ke tengah jalan dan remaja perempuan berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Adzli berkata, motosikal mangsa remuk manakala Toyota Hilux berkenaan turut mengalami beberapa kerosakan pada bahagian hadapannya.

Katanya, pemandu kenderaan itu tidak mengalami kecederaan manakala dua adik mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan lanjut.

"Mayat mangsa turut dibawa ke unit forensik HSAH untuk bedah siasat bagi mendapatkan punca kematian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainnailaihi roojiun. Budak2 ni panik kut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Zazama replied at 4-10-2021 10:06 PM
Innalillahi wainnailaihi roojiun. Budak2 ni panik kut.

Kadang2 melintas tanpa toleh belakang atau guna side mirror..menonong jer lintas.kita yang bawa keta ni la kena lebih waspada kalau yang bawa motor budak atau warga emas..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar. Please dah ada lesen
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ujung-ujung kereta jugak yang salah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 10:58 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-10-2021 10:47 PM
ujung-ujung kereta jugak yang salah..

kat mana ada tulis kata kereta yg salah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. nak salahkan yang bawa motor pun orangnya dah takde. Bertiga pula tu.. semoga menjadi iktibar
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 umo mcm ni kalau bawak moto mmg mcm ni lah...diorg takkn pandang kiri kanan..main rempuh je..yg tua bangka pun afa jgk habit mcm ni..lps tu tak mau mengaku salah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 4-10-2021 10:24 PM
Kadang2 melintas tanpa toleh belakang atau guna side mirror..menonong jer lintas.kita yang bawa ke ...

Owh! Yg ini saya setuju. Kita ni yg beria-ia kena waspada!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 09:41 AM | Show all posts
Selalu sangat terjadi kalau di kampung-kampung.  Mentality - ini kampung aku.  Naik motor ramai-ramai, tak cukup umur, tak ada lesen, tak perlu pakai helmet, semua main redah aje

Kalau orang luar yang terlanggar, memang kemungkinan dibeduk itu tinggi walaupun tak bersalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.057287 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list