CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: midori_katana

my Learning Journey; Wabbit nom..nom

[Copy link]
Post time 5-10-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Arnab bole jinak dn manje ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2021 11:48 PM | Show all posts
makadek replied at 5-10-2021 10:22 PM
Arnab bole jinak dn manje ke

boleh jer... dia suka org usap kepala dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2021 08:51 PM | Show all posts
Edited by midori_katana at 6-10-2021 10:25 PM

REVOLUSI SANGKAR ARNAB
===========================

masa beli arnab saya juga beli beberapa barang lain ikut cadangan penjual. saya senaraikan dibawah dgn harga (lebih kurang la malas nak check resit.

1. sangkar besar RM 200
2. toilet (sudut/ besar) RM 20
3. alfalfa hay RM 12
4. makanan arnab (premium pellet GOLD COIN 1 KG) RM 6
5. bekas makanan dan minuman (bentuk mangkuk) RM 12
6. rumah kayu RM50

dalam masa beberapa hari saya upgrade dan tukar. barang2 saya beli di shopee.
1. wire mesh RM 7.50 sekeping. saya beli 10. arnab boleh lompat pulak, terpaksa beli lagi 10 untuk buat 2nd layer.
2. toilet extra besar RM60
3. bekas hay RM30
4. peyapu habuk (anak saya kata penyapu habuk masjid) RM3
5.wee pad
7. tisu lembab
8. tisu toilet9. sikat dan pengetip kuku utk grooming




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2021 09:09 PM | Show all posts
Edited by midori_katana at 6-10-2021 10:41 PM

INDOOR (APARTMENT/ SMALL SPACE) RABBIT SET UP
======================================



ni keadaan terkini kediaman depa. asalnya wire mesh tu saya beli untuk buat playground depa ja. tapi sbb toilet extra besar tu tak muat masuk dalam sangkar terpaksalah letak dalam playground tu. sangkar asal tu pulak dah jadi rumah hamster.. untung dia dapat rumah besar tiba2.. hihihi. saya rasa bagus juga guna wire mesh ni ja; lebih murah, senang nak adjust keluasan sana sini dan mudah nak disimpan.

rumah tu penting kita sediakan. sebab arnab bila dia rasa takut atau terkejut dia akan lari masuk dalam rumah tu. dalam habitat semulajadi, arnab akan korek lubang atau sembunyi dalam lubang2 kayu. nanti bila dia rasa selamat dia akan jenguk kepala dan keluar. arnab ni special; stress pun boleh buat dia sakit dan mati. huhuhu. bila dah guna rumah kayu ni (untreated wood) saya rasa ada kelemahan la. arnab yg masih toilet train ni ada sekali dua terkucil kat situ. jadi susah nak cuci dan air kencing cepat jer meresap dalam kayu.

pasal lantai tu pulak, saya sengaja biarkan mereka baring2 dan main2 atas tile tu tanpa lapik apa2. mula2 tu nampak mereka macam asyik tergelincir juga tapi lama kelamaan dah ok dah. siap boleh sprint lagi. selain dari mudah dicuci, lantai ini juga sejuk dan arnab mmg suka sejuk. saya lap lantai mereka ni setiap hari. lap dengan tisu lembab yang anti bakteria ja. senang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2021 10:17 PM | Show all posts
Edited by midori_katana at 6-10-2021 10:19 PM

TOILET TRAINING
===========
1. toilet train arnab tak lah semudah toilet train kucing. tapi boleh jer. ada arnab yg mmg akan fully trained dan ada juga yg kadang2 tu terbabas juga.
2. mudah train arnab muda dan yg di neuter. kalau tak neuter tu kadang2 dia buat hal juga sebab naluri teritorial dia.
3. arnab perlukan dua minggu untuk dilatih.
4. toilet mestilah besar untuk dia maneuver kat dalam tu dan seeloknya cukup besar utk letak hay, bekas air dan bekas makanan dia sekali sebab arnab biasa membuang sambil makan.
5. letakkan toilet di sudut sangkar sbb arnab suka cari sudut2 untuk melepas hajat.
6. masa dalam latihan, kalau arnab terkucil kat luar toilet kita kena lap cepat2 dan letak tisu tu kat toilet dia. najis pun sama; sapu cepat2 dan letak kat toilet tu. pengalaman saya dalam sehari dua juga la asyik mengelap dan menyapu jer. lepas tu dah ok dah.. dia pandai membuang kat toilet, cuma ada sekali sekala terbabas.
7.ini ikut yg saya baca la; bila arnab dah toilet trained dan kita nak biar dia bebas dalam rumah, kita kena sediakan beberapa toilet di sudut2 tempat yg kita benarkan dia roaming.
8. jangan gunakan pasir untuk kucing kat arnab. gunakan yg jenis macam tisu atau wee pad. arnab ni najis dia tak bau sangat dan keras2 jer. yang busuk tu kencing dia.

ni toilet yg saya saya sediakan untuk arnab saya.



1. ni keadaan selepas 24 jam dicuci. saya selalu cuci setiap 1 setengah hari.
2. saya suka toilet ni sebab dia besar dan boleh muatkan bekas makanan arnab. satu kelemahan toilet ni sebab tepi dia tu rendah. kira bukan anti pancut la.. hihihi.. nak kena DIY sikit rasanya bagi tinggi sikit kat sudut toilet tu.
3. saya gunakan wee pad untuk lapik dasar toilet tu. jadi saya cuma tukar wee pad jer dan lap keseluruhan toilet (termasuk jaring atas tu) dgn tisu lembab. tak payah basuh toilet tu setiap kali tukar wee pad baru. basuh seminggu sekali dah ok. jaring kat atas tu saya basuh seminggu sekali juga dan gosok dgn berus gigi lama; baru bersih semua bahagian.



4. yg kat dalam botol tu, cecair pembasmi bakteria dan bau untuk litter box.. wangi betul dan berbau kopi. saya sembur atas wee pad masa saya salin wee pad baru. kalau dah bernajis tu saya tak sembur sbb takut nanti arnab tak mau guna toilet pulak.

sedikit maklumat ttg bekas air. bekas air mesti dicuci 2 kali sehari supaya air tak tercemar. arnab minum air dengan banyak jadi bekas macam mangkuk tu lebih sesuai dari bekas botol yg ada tiub.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.541698 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list