View: 1761|Reply: 0
|
Adele beri bayangan terbit album keempat
[Copy link]
|
|
Adele beri bayangan terbit album keempat
KUALA LUMPUR : Setelah beberapa kali memberi bayangan di media sosial, peminat-peminat yakin penyanyi terkenal antarabangsa, Adele, bakal muncul dengan album terbarunya menjelang akhir tahun ini.
Menurut majalah Billboard, petanda itu bermula apabila seorang hos radio Kanada, Mauler yang mengendalikan segmen The Morning Hot Tub dan Stingray Hit List Countdown memuat naik satu ciapan di Twitter yang bertulis Adele Yang Baru, Minggu Ini namun ia dipadam oleh penyampai radio tersebut kemudiannya.
Selain itu, petanda lain adalah menerusi hantaran di Carta Billboard yang menyenaraikan lagu-lagu Adele pada hari yang sama ketika Mauler memuat naik ciapan di Twitter.
Tidak cuma itu, kelmarin, peminat juga mengesan sekurang-kurangnya dua buah papan iklan digital dan bangunan menayangkan angka 30 dan ia menguatkan lagi firasat para peminat bahawa ia berkaitan dengan kemunculan album keempat Adele.
Ini kerana, kesemua album Adele sebelum ini banyak bermain dengan nombor sebagai judul dan penyanyi itu juga pernah memberitahu bahawa kemungkinan besar judul album terbarunya kelak adalah 30.
“30 bakal menjadi sebuah album lagu yang akan mengubati kerinduan anda,”katanya dalam satu kenyataan yang pernah ditulis di akaun Instagramnya sempena sambutan hari lahirnya yang ke-31 pada tahun 2019.
Selain itu, menurut sumber, 30 bakal menyajikan pendengar dan peminat dengan kisah perpisahan dengan bekas suami, Simon Konecki, pada tahun 2019, ketika dia berusia 30 tahun.
Album itu kelak akan menyaksikan kemunculannya yang pertama setelah enam tahun berehat daripada bidang muzik.
Kali terakhir Adele aktif dengan muzik adalah sekitar tahun 2016 menerusi penghasilan album berjudul 25 yang menyaksikan kejayaannya merangkul dua Anugerah Grammy.
Sumber:https://www.utusan.com.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|