CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1919|Reply: 1

[Sabah] Covid19 03/10/2021

[Copy link]
Post time 3-10-2021 06:12 PM | Show all posts |Read mode
*Sabah 767         (784)*

Kota Kinabalu 112 (79)
Ranau 56 (77)
Keningau 55 (60)
Lahad Datu 53 (59)
Kota Belud 45 (38 )

Penampang 40 (33)
Sandakan 38 (46)
Tawau 36 (44)
Tuaran 34 (43)
Papar 33 (22)
Kudat 33 (14)
Kota Marudu 32 (39)
Tenom 32 (46)
Nabawan 25 (17)
Putatan 23 (19)
Sipitang 22 (10)
Kinabatangan 15 (15)
Pitas 15 (27)
Semporna 12 (10)
Telupid 11 (15)
Beluran 9 (25)
Beaufort 8 (13)
Kuala Penyu 7 (3)
Kalabakan 7 (0)
Tambunan 5 (7)
Tongod 5 ( 8 )

Kunak 4 (15)

*Angka dalam kurungan*
*adalah jumlah  kes kelmarin*    *( 02/10/2021 )*

*Kluster Baru*
         Tiada

*RUMUSAN HARIAN*
*(03/10/2021)*

*Negeri Sabah mengekalkan trend penurunan kes positif dengan catatan sebanyak 767 kes, yakni penurunan marginal (-17) kes berbanding semalam.*

*Trend penurunan kumulatif kes Negeri Sabah pada hari ini sejajar dengan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan iaitu 15 daerah, manakala 11 daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan dan 1 daerah iaitu Kinabatangan mengekalkan catatan sebagaimana semalam.*

*Bagi daerah yang mengalami trend penurunan berbanding catatan kes semalam, Ranau mencatatkan penurunan tertinggi hari ini dengan -21 kes, Beluran -16 kes, Tenom -14 kes, Pitas -12 kes dan Kunak -11 kes.*

*Daerah yang mencatatkan peningkatan ketara pada hari ini pula didominasi oleh Kota Kinabalu yang mencatatkan peningkatan sebanyak +33 kes, Kudat +19 kes, Sipitang +12 kes dan Papar +11 kes.*

*Sistem kemaskini pendataan bagi daftar lewat kes jangkitan harian juga berada dalam keadaan baik sungguhpun jumlah kes tertunggak untuk kes daftar melebihi 4-5 hari ini meningkat sedikit berbanding semalam.*

*Walau bagaimanapun, trend Saringan Kontak Rapat sebagai penyumbang utama kes harian di Negeri Sabah masih kekal iaitu 54.63% daripada jumlah kes harian pada hari ini.*

*Selain itu, dengan peratusan 35.07% daripada kumulatif kes pada hari ini yang datangnya daripada Saringan Bergejala memperlihatkan betapa trend jangkitan di Negeri Sabah bukan lagi bersifat lokaliti tertentu, tetapi sudah merebak ke dalam seluruh komuniti.*

*Berdasarkan analisa ini, kaedah "bergantung sepenuhnya kepada petugas barisan hadapan dan juga penguatkuasaan" sudah tidak berkesan kerana tiada siapa boleh ramalkan siapa yang menjadi pembawa atau siapa yang sudah dijangkiti. Kita perlu terima hakikat bahawa "we have to live with the virus" dan amalan terbaik yang boleh disarankan ialah pematuhan SOP kendiri, selain daripada sokongan kepada usaha vaksinasi yang sedang giat dijalankan.*

*Berdasarkan kepada statistik pengkategorian kes-kes jangkitan Covid-19 pada hari ini, 91.52% daripada kes jangkitan hari ini hanya pada Kategori 1 dan 2, manakala hanya 5 kes Kategori 3, 6 kes Kategori 4 dan 3 kes Kategori 5.*













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2021 06:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.068008 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list