CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1535|Reply: 0

[Kedah] Banjir di Baling pulih, semua PPS tutup

[Copy link]
Post time 3-10-2021 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Banjir di Baling pulih, semua PPS tutup[size=0.8][size=0.9]Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my


PENDUDUK membersihkan kediaman mereka yang dilanda banjir empat hari lalu. FOTO Safuri Kamarudin



Baling: Semua 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini di tutup hari ini dan 358 mangsa banjir dibenarkan pulang berikutan ke keadaan pulih sepenuhnya.

Banjir empat hari lalu menyebabkan kediaman penduduk dinaiki air akibat limpahan Sungai Ketil, sehingga paras satu meter menyebabkan 125 keluarga terpaksa dipindakan ke PPS.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, cuaca cerah sejak semalam menyebabkan banjir pulih.

Beliau berkata, mangsa dibenarkan pulang untuk membersih rumah mereka yang terjejas dengan bencana alam itu.

"Hari ini mereka dibenarkan pulang selepas keadaan kembali pulih dan cuaca cerah sejak semalam.

"Bagaimanapun kita akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya banjir berlaku semula dan akan membuka PPS di kawasan yang terbabit," katanya ketika dihubungi.

PPS yang ditutup PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari dan SK Bayu.

Selain Itu, PPS Titi Gantung, Dewan Banggol Derom, Maktab Mahmud Baling, SK Malau, SK Parit Panjang, SK Mohd Ariff Abdullah, SK Tembak,SK Jemerli dan SK Padang turut ditutup.

Disiarkan pada: Oktober 3, 2021 @ 12:18pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.052896 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list