CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1817|Reply: 1

[Kedah] PGA rampas 15 tan daun ketum

[Copy link]
Post time 2-10-2021 10:52 PM | Show all posts |Read mode
PGA rampas 15 tan daun ketum[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


RAMLI (tengah) menunjukkan sebahagian daun ketum dan motosikal yang dirampas. FOTO Zuliaty Zulkiffl



Bukit Kayu Hitam: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Hulu, Perak merampas barangan terlarang termasuk 15 tan daun ketum bernilai keseluruhannya lebih RM2 juta sepanjang menjaga Op Benteng Covid Darat di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Kedah/Perlis sepanjang bulan lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, kebanyakan rampasan daun ketum dilakukan di sekitar Chuping dan Padang Besar di Perlis yang membabitkan jumlah rampasan bernilai RM448,290.

Beliau berkata, selain itu, enam individu turut ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menyeludup daun ketum.

"Modus operandi yang dilakukan sindiket ini tetap sama iaitu meletakkan guni daun ketum di kawasan semak dan meninggalkannya sebelum diambil sindiket lain dengan membaling ke sempadan negara jiran.

"Sindiket ini sentiasa mencari peluang untuk menyeludup dengan mencari kelalaian anggota kita dan disebabkan itu kita melakukan rondaan sepanjang masa mengelak dari diceroboh di kawasan sempadan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas antara Batalion 18 kepada PGA Batalion 1 Ulu Kinta yang disampaikan kepada Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 1, Deputi Superintendan Ayob Ismail di Martak Taktikal PGA Briged Utara di sini hari ini.

Majlis Serah dan Terima Tugas disaksikan oleh Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim, Superintendan Md Dali Jamil.

Ramli berkata, penggunaan dron juga banyak membantu mengesan kegiatan penyeludupan terutamanya daun ketum kerana maklumat melalui dron akan disalurkan terus kepada anggotanya sebelum serbuan dilakukan.

Beliau berkata, dron digunakan di kawasan sempadan sejak lebih tiga bulan lalu oleh setiap pasukan batalion yang mengambil alih penugasan di sempadan di sini.

"Sepanjang menjaga sempadan dalam tempoh sebulan, sebanyak 59 kes kejayaan dicatatkan yang membabitkan jumlah rampasan bernilai lebih RM2 juta.

"Selain daun ketum, kita turut merampas barangan makanan yang tidak mendapat kelulusan, kosmetik, kenderaan serta alat telekomunikasi," katanya.

Katanya, ini adalah kejayaan terbesar pasukannya sepanjang bulan lalu dan akan terus melakukan tugas menjaga sempadan negara tidak dibolosi.



Disiarkan pada: Oktober 2, 2021 @ 5:49pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau modngengade tentu wat tajuk abang pga handsome bergambar bersama gubahan daun ketum.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.310437 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list