View: 2545|Reply: 1
|
Verstappen buat Hamilton gelisah
[Copy link]
|
|
London: Lewis Hamilton mengakui sukar untuk menewaskan Max Verstappen dalam usaha mempertahankan gelaran dunia Formula Satu (F1) di sebalik Mercedes mempunyai kelebihan berbanding Red Bull sejak beberapa pusingan lalu.
Hamilton meraih kemenangan ke-100 pada perlumbaan terakhir di Sochi untuk merampas kedudukan pendahulu.
Namun dia hanya mempunyai kelebihan dua mata berbanding Verstappen ketika berbaki tujuh pusingan selepas Verstappen bangkit daripada bermula di petak paling belakang untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
"Ia pasti sangat sukar. Hampir keseluruhan musim ini mereka mempunyai kelebihan.
"Saya percaya saingan ini akan berterusan untuk baki perlumbaan musim ini. Mereka nampaknya mempunyai jentera yang sesuai dengan keadaan litar di kebanyakan pusingan perlumbaan selepas ini.
"Saya hanya mahu terus pastikan kami tidak ketinggalan jauh. Harap kami dapat mengharungi baki perlumbaan selepas ini dengan keputusan yang baik," katanya.
Di sebalik mempunyai jentera yang pantas pada dua perlumbaan terakhir, Hamilton gagal memenangi perlumbaan di Monza dan memerlukan tuah hujan untuk menewaskan Lando Norris di Russia.
Hamilton percaya bahawa dia dan Mercedes belum memaksimumkan peluang mereka dan menuntut pasukan memperbaiki prestasi pada baki perlumbaan selepas ini.
"Bukan hanya dua perlumbaan terakhir tetapi banyak perlumbaan sebelum ini yang mana kami tidak memaksimumkan peluang.
"Tapi kami terus bersaing dan sentiasa berusaha memperbaiki prestasi jentera," kata Hamilton. - Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
HAMILTON (dua kiri) bersama Verstappen (kiri) ketika menaiki podium di Sochi. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|