CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2427|Reply: 1

Akid laung amaran awal saingan Cub Prix di Terengganu

[Copy link]
Post time 2-10-2021 09:56 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Mohd Akid Aziz melaungkan amaran awal selepas mencatat masa terpantas pada sesi ujian kelayakan kelas CP150 bagi Pusingan 5 dan 6 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di Litar Permotoran Terengganu, hari ini.

Walaupun terbabit dalam kemalangan pelumba berusia 23 tahun itu turun dengan motivasi tinggi susulan kemenangan yang dilakar pada Pusingan 4 di Litar Utara Sepang, dua minggu lalu apabila mengungguli sesi kelayakan dengan merakamkan masa terpantas 49.127 saat (s).

Pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar mencatat masa kedua terpantas dengan catatan 49.304s manakala Mohd Aiman Tahiruddin daripada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing ketiga 49.365s.

Menurut Mohd Akid, dia berpuas hati dengan prestasi ketika sesi ujian kelayakan dan kini fokus bagi menghadapi perlumbaan sebenar esok.

"Kemalangan tadi tidaklah begitu serius. Ia cuma kesilapan saya terlalu mendekati pinggir litar. Apabila saya bangun, terasa seperti ada sedikit masalah dengan motosikal, jadi saya bergegas kembali ke pit.

"Mujurlah, krew pasukan sempat membuat pembaikan yang perlu dan saya bukan sahaja sempat meneruskan sesi kelayakan, malah berjaya mencatat masa terpantas," kata Mohd Akid.

Sesi kelayakan sangat penting untuk kategori CP150 dalam pusingan kali ini yang mana buat kali pertama sejak 2010 menyaksikan tiga pelumba tidak dapat beraksi di pusingan akhir disebabkan hanya 24 pelumba dibenarkan berada di petak permulaan berdasarkan peraturan yang ditetapkan di Litar Permotoran Terengganu.

Situasi itu menyaksikan sesi ujian kelayakan dibahagikan kepada dua kumpulan daripada 27 pelumba dengan 24 pelumba terpantas layak ke pusingan akhir.

Saingan kelayakan bagi kelas perdana itu dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B untuk sesi kelayakan.

10 pelumba terpantas dari gabungan keputusan Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertarung sekali lagi dalam sesi SuperPole untuk memastikan kedudukan grid masing-masing, esok. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2021 10:02 PM | Show all posts

MOHD Akid. FOTO Ihsan Cub Prix
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059284 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list