CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1907|Reply: 1

[Kedah] MARA Liner teruskan perkhidmatan bas luar bandar

[Copy link]
Post time 2-10-2021 04:47 PM | Show all posts |Read mode
MARA Liner teruskan perkhidmatan bas luar bandar[size=0.8][size=0.9]M Hifzuddin Ikhsan

hifzuddin@mediaprima.com.my


Sebahagian bas pada Majlis Penyerahan Bas Baharu Mara Liner Sdn Bhd di bengkel Mara Liner Kuala Nerang. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR


Padang Terap: Perkhidmatan bas MARA Liner terutamanya di kawasan luar bandar tetap diteruskan walaupun operasinya mengalami penurunan penumpang kesan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehingga Ogos lalu, seramai 12,000 penumpang menggunakan perkhidmatan bas MARA Liner berbanding 83,000 penumpang pada 2019.

Katanya, keadaan itu berlaku akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, selain orang ramai turut bimbang untuk keluar dan menggunakan perkhidmatan bas.

"Walaupun berhadapan penurunan jumlah penumpang pada 2020 dan tahun ini, MARA tetap komited membantu masyarakat luar bandar dalam menyediakan perkhidmatan bas harian setanding yang dinikmati penduduk di kawasan bandar.

"Perkhidmatan bas MARA Liner akan sentiasa ditambah baik termasuk menggunakan bas baharu yang lebih selesa, namun tambangnya masih kekal bagi memudahkan masyarakat luar bandar," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Penyerahan Bas Baharu MARA Liner di Bengkel MARA Liner Kuala Nerang.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, penyerahan dua bas baharu MARA Liner berkenaan akan memberi manfaat kepada lebih 200,000 penduduk setempat serta menambah baik operasi bagi laluan Kuala Nerang-Terminal Bas Naka.

"Bas baharu ini adalah bagi menambah kapasiti perkhidmatan 16 bas henti-henti yang meliputi lapan laluan di daerah ini, manakala tambahan satu bas ekspres baharu adalah bagi laluan Kuala Nerang-Pendang-Kuala Lumpur.

"Kita juga akan menaik taraf Bengkel MARA Liner Kuala Nerang yang berusia 30 tahun membabitkan peruntukan RM500,000 selain kita turut akan membina bengkel baharu di Serdang, Kedah membabitkan peruntukan RM3.5 juta," katanya.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, MARA Liner turut menyediakan perkhidmatan bas ekspres ke destinasi projek rintis gelembung pelancongan sebagai sokongan kepada projek di bawah inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Bagi memastikan keselamatan penumpang juga, beliau berkata, kesemua pemandu bas MARA Liner bagi perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti lengkap divaksinasi, sekali gus menyokong usaha kerajaan mencapai imuniti kelompok.

Disiarkan pada: Oktober 2, 2021 @ 4:31pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama x naik bas mara yan - sp.. Dan kuala ketil - kulim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061354 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list