CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3817|Reply: 2

[DRAMA MELAYU] Putus asa siapkan Ganjil

 Close [Copy link]
Post time 2-10-2021 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Putus asa siapkan Ganjil


Kali pertama bekerjasama dengan Fattah, Yusry kagum dengan sikap profesional pelakon itu dalam menjayakan drama Ganjil. Foto Ihsan Razor Edge Pictures

KUALA LUMPUR: Tiga kali proses pembikinan tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN), kru dan barisan pelakon drama Ganjil hampir menyerah kalah.

Situasi itu cukup mencabar kru dan pelakon drama 19 episod bertemakan fantasi cinta romantik yang digarap daripada idea asal, Datuk Saniboey Mohd Ismail.

Tidak hairanlah, pengarah drama Ganjil, Datuk Yusry Abdul Halim cukup mengagumi semangat ditunjukkan kru dan pelakon yang bersungguh-sungguh menyiapkan naskhah itu, biarpun momentum mereka hampir tersasar akibat terlalu lama berehat.

"Saya harus beri pujian kepada pelakon dan kru. Walaupun hampir putus asa akibat penggambaran tertangguh tiga kali, masing-masing bekerja bersungguh-sungguh demi menyiapkan drama ini.

"Malah, boleh saya katakan, pelakon saya terlalu profesional walaupun andai diikutkan, ada kontrak yang sudah tamat.

"Namun, demi komitmen kepada kerja, mereka bersikap profesional semata-mata memastikan drama ini siap.


Yusry tersentuh dengan komitmen dan kesungguhan kru serta pelakon menyiapkan drama Ganjil biarpun berdepan cabaran pandemik COVID-19. Foto Ihsan Razor Edge Pictures

"Akibat penggambaran yang terlalu lama, kami menjadi akrab. Masing-masing tidak segan silu menunjukkan perangai yang sebenar kerana sudah menganggap seluruh tenaga kerja Ganjil seperti keluarga," katanya pada sesi sidang media virtual, baru-baru ini.

Yusry berkata, biarpun cabaran bekerja dalam era pandemik COVID-19 bukan mudah, namun, ada sesuatu yang dipelajari di sebalik jerih perih menyiapkan Ganjil.

"Segala cabaran yang kami lalui sepanjang menyiapkan drama ini sejak tahun lalu menjadikan saya insan yang lebih baik lagi. Saya belajar untuk menyelesaikan masalah secepat mungkin.

"Terutama apabila kami terpaksa berdepan pertukaran lokasi penggambaran pada saat akhir. Contohnya, penggambaran di restoran, kami terpaksa tunggu sehingga restoran ditutup barulah kerja dimulakan.

"Jika ada pertukaran lokasi secara tiba-tiba, pasukan produksi perlu mencari penyelesaian segera bagi memastikan penggambaran diteruskan.


Drama bersiri Ganjil arahan Yusry berkisar Amry dan Nabila yang mendapati diri mereka bertemu insan yang diimpikan. Foto Ihsan Razor Edge Pictures

"Keadaan itu memang mencabar sehingga tanpa disedari, terkeluar kata-kata tidak sepatutnya kerana sudah terlalu letih," katanya.

Biarpun berdepan ujian, Yusry gembira apabila diberi kepercayaan Razor Edge Pictures untuk mengarahkan drama itu kerana belum pernah menghasilkan naskhah sedemikian sepanjang kariernya.

Semuanya berpunca prinsip enggan menghasilkan naskhah sama. Malah, pada suatu ketika, permintaan abang sulungnya, Datuk Norman Abdul Halim agar mengarahkan filem Cicakman 2, ditolak.

"Ganjil menampilkan drama yang berkonsepkan mimpi dan realiti. Drama ini memaparkan Amry lakonan Fattah Amin dan Nabila (Diana Danielle) iaitu dua insan yang tidak pernah berjumpa di alam nyata, namun, hampir setiap malam mereka bertemu di dalam mimpi.

"Disebabkan membabitkan mimpi dan realiti, saya perlu bermain dengan visual dan efek untuk memaparkan perbezaan dua situasi itu.

"Bagaimanapun efek khas tidaklah digunakan secara melampau kerana penghayatan karakter daripada pelakon dalam drama itu lebih penting.

"Apa yang cuba dipaparkan dalam drama itu adalah konsep mimpi yang berbeza, keluar dari kotak normal. Setiap hari Amry dan Nabila berjumpa dalam mimpi dan cuba menyelesaikan masalah yang membelenggu Nabila bersama-sama.

"Bagi saya jalan ceritanya sangat menarik dan berbeza. Disebabkan itu, saya bersetuju menerima tawaran daripada platform Viu," katanya.

Yusry berkata, disebabkan tidak dibenarkan mengubah skrip sesuka hati, dia cuba menyampaikan naskhah itu melalui kaedah paling segar.

Tambahnya, dia berpuas hati dengan persembahan semua pelakon yang memberi aksi mantap.

"Saya pernah bekerja dengan Diana dan Izzue Islam, jadi saya tahu prestasi kerja mereka.

"Fattah pula, ini kerjasama kami yang pertama. Saya kagum sikap profesionalisme yang ditunjukkannya," katanya.

Drama bersiri Ganjil berkisar Amry dan Nabila yang mendapati diri mereka bertemu insan diimpikan.

Pasangan itu bertembung dalam mimpi dan pada suatu malam istimewa, mimpi mereka bercantum menjadi satu.

Ketika mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak dalam alam mimpi, tanpa disedari, mereka menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan ketakutan bersama.

Mimpi Amry dan Nabila adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik.

Ganjil juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai orang untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga.

Ganjil mula ditayangkan di platform Viu, Khamis lalu dengan dua episod disiarkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober depan.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 11:47 AM | Show all posts
laku lg ye diana daniel nie...mmg lawa pun...xde retis lain bleh challenge....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2021 11:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063065 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list