CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1853|Reply: 1

[Kedah] Mangsa banjir di Baling meningkat

[Copy link]
Post time 1-10-2021 10:54 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Baling meningkat[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


ANGGOTA APM memasang khemah tambahan untuk mangsa banjir di Baling. FOTO Ihsan APM



Alor Setar: Mangsa banjir di Baling bertambah apabila 27 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Banggol Derom di daerah itu hari ini.

Sebelum ini, jumlah mangsa banjir di PPS itu hanya 17 mangsa dari empat keluarga namun meningkat petang tadi.

Terdahulu jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat pada jam 8 pagi tadi iaitu seramai 380 mangsa daripada 131 keluarga di Sik, Baling dan Kulim.

Namun jumlah itu kembali menurun selepas tiga PPS di dua daerah itu ditutup sepenuhnya hari ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, bagaimanapun jumlah mangsa banjir di Baling semakin bertambah sehingga malam ini.

Menurutnya, kesemua mangsa banjir di Sik iaitu di PPS Gulau dan SK Sik serta PPS SK Merbau Pulas di Kulim dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

"Sehingga jam 8 malam tadi, jumlah keseluruhan mangsa banjir di 14 PPS di Baling masih aktif membabitkan 352 mangsa daripada 121 keluarga di daerah itu.

"Kesemua mangsa banjir di Baling masih kekal di PPS SK Tunku Putera (3 mangsa, satu keluarga), PPS Siong (28 mangsa, 11 keluarga), PPS SK Bandar (9 mangsa, 4 keluarga), SK Tanjung Pari (23 mangsa, lapan keluarga), PPS SK Bayu (25 mangsa, 12 keluarga).

"Selain Itu, PPS Titi Gantung menempatkan seramai 44 mangsa dari 11 keluarga, PPS Dewan Banggol Derom (44 mangsa dari 10 keluarga), PPS Maktab Mahmud Baling (31 mangsa dari 19 keluarga), SK Malau (17 mangsa dari enam keluarga), SMK Parit Panjang (19 mangsa dari tujuh keluarga), PPS SK Mohd Ariff Abdullah (39 mangsa dari 10 keluarga), PPS Surau Barakah Tembak B (10 mangsa, dua keluarga) dan PPS Kampung Padang, Kupang (sembilan mangsa dari empat keluarga), PPS SK Tembak A (30 mangsa dari 8 keluarga) dan PPS Kampung Jemerli (dua mangsa)," katanya.

Mohd Muaz berkata, pihaknya akan memaklumkan dari masa ke semasa jumlah pemindahan mangsa banjir setakat ini.



Disiarkan pada: Oktober 1, 2021 @ 10:36pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 12:24 PM | Show all posts
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim xde komen ape2 ke...??

ke tgh sibuk jg gudang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.077139 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list