CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2464|Reply: 5

[Kedah] Lagi kes mati dirumah: 'Wanita uzur terbaring, berkurung dengan mayat suami yang

[Copy link]
Post time 1-10-2021 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 1-10-2021 09:26 PM

'Wanita uzur terbaring, berkurung dengan mayat suami yang berulat'[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - Oktober 1, 2021 @ 9:07pmbhnews@bharian.com.my



SUNGAI PETANI: Keuzuran seorang wanita warga emas membuatkan dia mampu terbaring sambil menghidu bau mayat suaminya yang mulai membusuk dan berulat, selepas meninggal dunia dalam bilik air kediaman mereka di Taman Ria di sini.

Kematian lelaki berusia 79 tahun itu hanya disedari selepas jiran yang curiga dengan bau busuk dari rumah pasangan berkenaan sebelum menghubungi anak mereka.

Difahamkan, isteri mangsa yang berusia 80 tahun sudah uzur serta nyanyuk dan dia hanya mampu terbaring atas tilam di ruang tamu rumah mereka yang turut dikunci dari dalam.

Sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke rumah terbabit dan terpaksa memecah pintu sebelum pemeriksaan lanjut menemui mayat lelaki berkenaan dalam bilik air yang berkunci.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada pegawai bomba pada jam 1.45 tengah hari yang memaklumkan penemuan mayat terbabit.

"Susulan daripada itu, polis bergegas ke lokasi kejadian yang juga rumah teres setingkat dan hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia lebih daripada 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat.

"Anak pasangan terbabit memberitahu bapanya hanya tinggal berdua bersama ibu yang sudah nyanyuk di rumah itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adzli berkata, anak mangsa juga memberitahu yang dia akan datang melawat serta membawa makanan sekali dalam seminggu untuk ibu bapanya.

"Anak mangsa mendakwa kali terakhir dia bertemu bapanya pada 23 September lalu dan memberitahu yang mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit.

"Dia juga mendakwa bapanya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di klinik atau hospital," katanya.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki terbabit.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk ujian saringan COVID-19 sebelum bedah siasat," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2021 09:25 PM | Show all posts
Allahu akbar. sedih baca berita mcm ni.

anaknya pun last dtg 23/9. sibuk cemana pun dtglah tengok mak ayah kejap.

al-fatihah utk arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
anak pun, dh tau mak nyanyuk.. ayah pun dh berusia..mana nk larat sgt menjaga..gagah kau dtg seminggu sekali.. pstu,dalam masa 23hb tu,takkan tak ada call mak ayah.. tnya khabar.. kalau anak call, mak ayah langsung tak jwb dah boleh rasa sesuatu..boleh direct pergi tgk.. haih.. sedih ahhh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat la banyak cerita sedih pasal warga emas ni. Ramai warga emas yg prefer duduk sendiri dari duduk umah anak2, tapi anak2 la kena selalu call, datang jenguk. Ni dah seminggu takkan tak rasa pape.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah diucapkan...
Fon da canggih manggih tuuu
Kol2 lerr mak ayah..
Ukhwah dengan jiran2 kena kuat
Boleh mintak tolong tengok2 kan kalau kol apa tak berangkat
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 11:35 AM | Show all posts
takziah.      
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.061584 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list