CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1601|Reply: 0

[Kedah] Carian ke atas kemudahan Airbnb Langkawi memingkat

[Copy link]
Post time 1-10-2021 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Carian ke atas kemudahan Airbnb Langkawi meningkat

Oleh BERNAMA - Oktober 1, 2021 @ 4:19pm


Pantai Chenang, Langkawi hidup kembali selepas pembukaan projek rintis gelembung pelancongan mulai 16 September lalu



ALOR SETAR: Pencarian untuk Airbnb Langkawi, melonjak lebih daripada 13 kali ganda dari bulan ke bulan di antara 13 hingga 19 September, berikutan pelancaran gelembung pelancongan Langkawi, yang bermula 16 September lalu.

Airbnb dalam kenyataan hari ini, memberitahu dalam tempoh yang sama, carian untuk penginapan Airbnb di Port Dickson, meningkat lebih daripada 360 peratus dari bulan ke bulan, manakala carian penginapan di Melaka naik 270 peratus dari bulan ke bulan.

"Langkawi adalah destinasi ketiga yang paling banyak dicari melalui Airbnb, di belakang Subang Jaya dan Kuala Lumpur," katanya.

Airbnb menambah, penamatan sekatan yang panjang selama ini mendorong rakyat Malaysia untuk merancang perjalanan dengan orang yang mereka sayangi serta memilih percutian dalam negeri bagi sekitar satu minggu atau lebih lama untuk mengisi kembali agenda mereka selepas 'terpenjara' di dalam rumah pada sepanjang tahun lepas.

"Penginapan Airbnb yang lebih besar juga menyaksikan peningkatan populariti, kerana pencarian ke atas villa menokok hampir 2.5 kali pada minggu 13 September, mula bertambah sejak enam bulan sebelum ini," katanya.

Pengurus Besar untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj, berkata data Airbnb mendedahkan sentimen perjalanan yang kukuh serta positif di tengah-tengah pelonggaran sekatan pergerakan.

"Airbnb komited untuk menyokong strategi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi merangsang industri pelancongan selain daripada membantu memacu perjalanan yang selamat dan bermakna apabila kita secara kolektif membuka laluan untuk pemulihan pelancongan Malaysia dengan cara yang menguntungkan masyarakat setempat," katanya.

Sejajar dengan strategi RMK12 untuk memperbaharui industri dan meningkatkan pelancongan domestik, Airbnb juga telah melancarkan kempen '#RaikanMalaysia' baru-baru ini, yang bertujuan bagi memacu pemulihan pelancongan Malaysia pada separuh kedua tahun ini dan seterusnya. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.054493 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list