CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1733|Reply: 0

[Kedah] Agrobank sumbang 600 kotak makanan

[Copy link]
Post time 1-10-2021 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Agrobank sumbang 600 kotak makanan
NORSHAHZURA MAT ZUKI | | 01 Oktober 2021


Dari kiri: Pengurus Cawangan Agrobank Kodiang, Baharom Ramli; Abdul Hamid; Kamarul Azlan dan Ketua Bahagaian Jualan dan Perkhidmatan Agrobank Wilayah Utara, Norafiza Ani Abdullah pada program sumbangan bantuan makanan di Dewan Komuniti Nelayan, Kompleks LKIM di Kuala Kedah, baru-baru ini.


KUALA KEDAH – Agrobank menerusi program Agrobank dan Komuniti menyumbangkan 600 kotak makanan bernilai RM49,000 kepada komuniti nelayan di Kuala Kedah yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), baru-baru ini.


Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, Agrobank bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) untuk membantu mereka yang terjejas berikutan hilang punca pendapatan.


Beliau berkata, kebanyakan mereka tidak boleh turun ke laut untuk menangkap ikan dan terputus hubungan logistik berikutan arahan PKPD membabitkan hampir seluruh kawasan di mukim Kuala Kedah.


“Kami memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh komuniti nelayan di Kuala Kedah apabila kehidupan mereka terjejas akibat tidak dapat ke laut untuk mencari rezeki.


Agrobank menyerahkan 600 kotak makanan menerusi Program Agrobank dan Komuniti kepada komuniti nelayan di Kuala Kedah yang terkesan dengan PKPD, baru-baru ini.


“Diharapkan inisiatif program Agrobank dan Komuniti ini dapat meringankan beban yang dihadapi komuniti nelayan di sana untuk meneruskan kehidupan seharian mereka,” katanya dalam satu kenyataan.


Khadijah berkata, kerjasama strategik antara Agrobank dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah bersama Nekmat adalah kesungguhan mereka untuk membantu komuniti agro, khususnya dalam kalangan nelayan yang terkesan dengan situasi semasa.


“Menerusi program ini, kami menyalurkan bantuan barangan berupa makanan asas seperti beras, susu, biskut, gula serta keperluan lain,” katanya.


Beliau berkata, misi bantuan di Kuala Kedah itu merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat Agrobank bertujuan untuk mendekati komuniti setempat di kawasan bank terbabit beroperasi.


Sesi penyerahan sumbangan disempurnakan Ketua Bahagian Komersial Agrobank Wilayah Utara, Kamarul Azlan Razak kepada Pengerusi Nekmat, Abdul Hamid Bahari di Dewan Komuniti Nelayan, Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... g-600-kotak-makanan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.067492 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list