CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1893|Reply: 0

[Kedah] Empat kampung dilanda banjir terburuk sejak 2004

[Copy link]
Post time 30-9-2021 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Empat kampung dilanda banjir terburuk sejak 2004
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 30 September 2021


Nor Aizah Deraman, 54, membilas kain di hadapan rumahnya yang dinaiki air dekat Kampung Bukit Hitam Kupang Baling pada Khamis.

BALING - Empat kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang di sini ditenggelami air sedalam satu meter menjadikan ia sebagai banjir terburuk yang melanda kawasan berkenaan sejak tahun 2004.


Empat kampung yang terjejas banjir itu ialah Kampung Bukit Hitam, Kampung Asam Jawa, Kampung Pajak dan Kampung Padang membabitkan kira-kira 400 buah rumah.


Salah seorang mangsa banjir, Ibrahim Ishak, 54, dari Kampung Bukit Hitam berkata, dia menyedari air mula naik sejak 10 malam Rabu, namun tidak menyangka meningkat secara mendadak dalam tempoh singkat.


Sementara itu, Mohd Haszaimi Abd Halim, 44, berkata, memikirkan faktor keselamatan enam anaknya yang berusia antara 9 bulan hingga 15 tahun, mereka sekeluarga keluar dari rumah seawal jam 8 malam untuk bermalam di rumah saudara.



Keadaan banjir di beberapa buah kampung di DUN Kupang, Baling pada Khamis.


"Kami keluar awal sebab takut air naik, rupa-rupanya memang naik tinggi, pagi ini kami balik semula tengok keadaan dan bersihkan rumah, memang dah tenggelam," katanya.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad menjelaskan, banjir yang berlaku adalah terburuk sejak tahun 2004.


Menurutnya, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang telah menyediakan 800 bungkus makanan kepada mangsa terjejas yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).


Beliau yang juga Exco Agama, Pendidikan, dan Sumber Manusia negeri menjelaskan, aduan boleh dibuat kepada PKWR DUN Kupang sekiranya barangan, peralatan atau dokumen anak-anak mereka yang masih bersekolah terjejas akibat banjir berkenaan.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... terburuk-sejak-2004
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.600664 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list