CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1925|Reply: 1

[Kedah] Wajibkan pelancong ke Langkawi buat ujian RT-PCR

[Copy link]
Post time 30-9-2021 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Wajibkan pelancong ke Langkawi buat ujian RT-PCR[size=0.8]Oleh Hamzah Osman - September 30, 2021 @ 5:32pmbhnews@bh.com.my



LANGKAWI: Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) meminta kerajaan mewajibkan pelancong yang mahu berkunjung ke pulau itu melakukan Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) terlebih dahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif LTA, Zainudin Kadir, berkata ini kerana ujian menggunakan sampel saliva yang dijalankan ketika ini tidak tepat dan gagal menyekat penularan COVID-19 di pulau legenda itu.

"Saya amat terkesan dengan laporan media hari ini, mengenai Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan satu kes positif COVID-19 membabitkan pelancong kanak-kanak berusia tiga tahun ketika melancong di pulau ini, Jumaat lalu.

"Difahamkan, ibu dan ayah kanak-kanak itu negatif ketika saringan RTK-Antigen menggunakan air liur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), iaitu sebelum mereka berlepas ke Langkawi," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Zainudin berkata, tindakan tegas kerajaan itu perlu bagi menjaga kebajikan pelancong dan penduduk tempatan, selain memastikan industri pelancongan di Langkawi tidak 'berkubur' buat kali kedua.

"LTA faham purata penerbangan ke Langkawi sekitar 15 penerbangan sehari dan jika ujian RT-PCR diwajibkan ia menyebabkan pelancong perlu tempoh masa lama dan kesesakan berlaku di klia2.

"Saringan RTK-Antigen menggunakan air liur lebih cepat tapi ia tidak boleh dipercayai 100 peratus untuk kesan virus COVID-19. Oleh itu, kita perlu beralih segera kepada RT-PCR kerana hasil keputusannya lebih tepat," katanya.

Beliau berkata, kes yang diumumkan oleh JKN Kedah itu membuka mata bahawa satu kaedah yang lebih baik perlu diperkenalkan untuk menyekat penularan COVID-19 susulan projek rintis gelembung pelancongan di pulau itu.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga adik tu kembali ok..sian dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.060974 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list