CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1573|Reply: 0

[Kedah] Kanak-kanak positif COVID-19 gelembung Langkawi

[Copy link]
Post time 30-9-2021 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak positif COVID-19 gelembung Langkawi[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 30, 2021 @ 4:06pmbhnews@bh.com.my


LANGKAWI dibuka untuk projek rintis gelembung pelancongan mulai 16 September lalu. - Foto NSTP/HAMZAH OSMAN



ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah mengesan satu kes positif COVID-19 dalam kalangan pelancong ke Langkawi, iaitu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan.

Pengarahnya, Dr Othman Warijo, berkata siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi mendapati kanak-kanak itu bersama ibu dan ayahnya tiba di Langkawi pada jam 7.30 malam, Jumaat lalu, melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Katanya, ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan sudah menerima pelalian lengkap dan bukan kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19, manakala kanak-kanak itu juga tidak bergejala.

"Saringan RTK-Antigen menggunakan air liur ke atas ibu dan ayah kanak-kanak ini dilakukan di klia2, iaitu sebelum mereka berlepas ke Langkawi dan disahkan negatif.

"Kanak-kanak ini juga tidak mengalami gejala sebelum perjalanan dan ketika saringan di klia2, sebelum berlepas ke Langkawi. Mereka turut memakai pelitup muka sepanjang berada di klia2, di dalam penerbangan dan ketika berada di Langkawi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Othman berkata, kanak-kanak berkenaan mula mengalami demam pada Sabtu lalu, dan dibawa mendapatkan rawatan pada Ahad, sebelum disahkan positif COVID-19.

Katanya, hasil siasatan mendapati selain ibu dan ayah kanak-kanak itu, terdapat tiga orang saudara yang juga penduduk tempatan Langkawi menjadi kontak rapatnya.

"Semua lima kontak rapat sudah menjalani ujian saringan dan diberi arahan kuarantin selama 10 hari.

"Keputusan ujian saringan mendapati semua kontak rapat negatif. Hasil siasatan juga mendapati kemungkinan jangkitan ke atas kanak-kanak ini berlaku sebelum melancong ke Langkawi," katanya.

Beliau berkata, sehingga hari ini, hanya satu kes positif dilaporkan membabitkan pelancong ke Langkawi dan tiada penularan dalam kalangan ahli keluarga atau penduduk tempatan berlaku.

"Keadaan kanak-kanak ini bergejala ringan dan diletak di bawah pemantauan pasukan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Langkawi, manakala kontak rapat lain tidak bergejala dan mereka lengkap vaksinasi.

"Jabatan Kesihatan Kedah dan PKD Langkawi akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dan akan memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilaksana secara berterusan," katanya.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.078929 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list