CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1855|Reply: 1

[Kedah] PGA jadi agensi tunggal kawal sempadan negara

[Copy link]
Post time 30-9-2021 06:42 PM | Show all posts |Read mode
PGA jadi agensi tunggal kawal sempadan negara[size=0.8]M Hifzuddin Ikhsan - September 30, 2021 @ 3:46pmhifzuddin@bh.com.my


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (paling kiri) diiringi Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (dua dari kiri) memeriksa kawalan kehormat pada Majlis Penyerahan Tugas dan Fungsi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di AKSEM Bukit Kayu Hitam. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR



BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) kini menjadi agensi tunggal dalam penugasan keselamatan dan penguatkuasaan sempadan negara susulan penstrukturan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) ke dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), mulai hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata PGA akan meneruskan semua fungsi yang sebelum ini dilaksanakan AKSEM di kawasan sempadan melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, penstrukturan dan penggabungan AKSEM ke dalam PDRM akan membolehkan PGA meningkatkan fokus kawalan serta penguatkuasaan kawasan sempadan terutama di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

"Hari ini, tercatat satu lagi peristiwa dalam lembaran sejarah negara, apabila PDRM diberi amanah dan tanggungjawab baharu lebih besar dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara di kawasan sempadan.

"PDRM melalui PGA akan meneruskan semua fungsi yang dilaksanakan AKSEM di seluruh sempadan negara melalui pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Tugas AKSEM kepada PDRM di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed; Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Hamzah berkata, melalui penstrukturan semula itu, seramai 909 pegawai dan anggota serta semua aset dimiliki AKSEM akan diserap ke dalam PDRM, manakala kakitangan AKSEM dari jabatan lain juga akan pulang ke agensi masing-masing.

"Semua pegawai akan balik kepada agensi masing-masing dan ada setengahnya kita tanya sama ada mahu kekal di bawah PDRM atau tidak (jika tidak mahu pulang ke agensi asal).

"Selain itu, semua aset AKSEM termasuk bangunan milik agensi itu turut diserahkan kepada PDRM," katanya.

Beliau memaklumkan PDRM sudah merangka pelan strategi penstrukturan semula PGA termasuk beberapa batalion PGA bakal diletak di Sabah dan Sarawak bagi mengukuhkan keselamatan sempadan negara.

"Kita yakin fungsi agensi penguatkuasaan keselamatan sempadan darat negara selepas ini dapat diperkukuh dengan proses perintah dan kawalan dapat dilakukan secara terus dan lebih mudah.

"Semua fungsi yang dilaksanakan AKSEM di sempadan termasuk mencegah penyeludupan diyakini mampu diteruskan PGA," katanya.

AKSEM ditubuhkan pada 29 Disember 2017 membabitkan gabungan tiga agensi induk iaitu PDRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan bermula 1 Januari 2018, agensi itu berfungsi sebagai agensi Kerajaan Persekutuan.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2021 06:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.062696 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list