CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2146|Reply: 0

[Sabah] Covid19 30/09/2021

[Copy link]
Post time 30-9-2021 04:37 PM | Show all posts |Read mode
*Sabah 993         (1,000)*
*Malaysia 12,735 (12,434)*

Kota Kinabalu 116 (114)
Lahad Datu 92 (49)
Sandakan 69 (96)
Kota Marudu 66 (70)
Keningau 61 (66)
Ranau 60 (99)
Tenom 55 (34)
Tuaran 55 (51)
Kota Belud 54 (59)
Tawau 50 (31)
Tongod 38 (0)
Papar 30 (52)
Pitas 28 (29)
Beaufort 27 (29)
Kudat 25 (29)
Beluran 23 ( 8 )

Penampang 22 (58)
Kinabatangan 19 (18)
Nabawan 19 (20)
Sipitang 19 (13)
Tambunan 18 (17)
Putatan 14 (17)
Semporna 10 (12)
Kunak 8 (18)
Telupid 6 (4)
Kalabakan 5 (0)
Kuala Penyu 4 (7)

*Angka dalam kurungan adalah jumlah  kes kelmarin*    *( 29/09/2021 )*

*Kluster Baru*
Kluster Long Pasia
Sipitang 25 (+10)
*Kluster Komuniti*

*RUMUSAN HARIAN*
*(30/ 09/2021)*

*Negeri Sabah kembali mencatatkan kes di bawah 4 angka hari ini dengan 993 kes, penurunan sebanyak (-7) kes.*

*Terdapat 12 daerah yang merekodkan peningkatan kes dengan kumulatif peningkatan (+157) kes, manakala 15 daerah lagi mencatatkan penurunan kes dengan kumulatif penurunan (-164) kes.*

*Bagi kawasan bandar utama pula, Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan kes sebanyak 116 (+2) kes. Angka kes bagi bandar-bandar lain ialah Lahad Datu 92 (+43) kes, Tawau 50 (+19) kes, Penampang 22 (-36) kes, Sandakan 69 (-27) kes, Kudat 25 (-4) kes dan Putatan 14 (-3).*

*Daerah lain yang merekodkan peningkatan ketara pada hari ini ialah Tongod 38 (+38) kes, Tenom 55 (+21) kes dan Beluran 23 (+15) kes.*

*Manakala daerah yang merekodkan penurunan signifikan pula ialah Ranau 60 (-39) kes, Papar 30 (-22) kes dan Kunak 8 (-10) kes.*

*Kluster baru yang didaftar di Long Pasia, Sipitang adalah berpunca daripada sambutan Majlis Hari Jadi yang dihadiri oleh penduduk kampung dan hingga kini, 25 orang telah didapati positif hasil saringan yang dijalankan ke atas 30 individu.*

*Kluster Long Pasia ini serta Kluster Mokodou di Ranau yang diistiharkan kelmarin agak mengecewakan dalam usaha kita memerangi pandemik . Kedua kes ini jelas menunjukkan masih ada penduduk kita yang tidak mematuhi SOP dan nasihat MOH secara serius. Kelalaian dan sikap acuh tak acuh telah mengakibatkan jangkitan virus Covid19 yang melibatkan ramai penduduk.*

*Adalah diharapkan agar pegawai2 daerah, ketua2 masyarakat khususnya diperingkat akar umbi dan pengerusi2 JPKK memantau acara2 sosial di kampung untuk memastikan pematuhan ketat kepada semua SOP. Kerjasama rakyat jelata amatlah penting bagi membolehkan kita memenangi perang melawan pandemik Covid.*

*Daripada 993 kes yang didaftar hari ini, (358) kes atau 36.05% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (26) kes atau 2.62% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan (9) kes atau 0.91% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari selepas keputusan saringan diketahui. Terdapat 19 kes melibatkan OKT atau Banduan yang direkodkan hari ini.*

*Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (487) kes atau 49.0%, Saringan Bergejala (357) kes atau 36.0%, (18) kes atau 1.8% daripada Saringan Kluster, (5) kes atau 0.5% dari Saringan Bersasar dan (126) kes atau 12.7% melalui Saringan Lain-lain.*

*Daripada 993 kes yang berdaftar hari ini, (109) kes atau 10.98% adalah pesakit dalam Kategori 1, (799) kes atau 80.46% dalam Kategori 2, 1 kes dalam Kategori 3, 6 kes dalam Kategori 4 dan 8 kes dalam Kategori 5. 70 kes masih dalam siasatan. 93.05% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.*







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052135 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list