CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2279|Reply: 5

[Kedah] Dua penghuni pusat rawatan psikiatri ditemukan meninggal dunia

[Copy link]
Post time 30-9-2021 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Dua penghuni pusat rawatan psikiatri ditemukan meninggal dunia[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my




Sungai Petani: Dua lelaki ditemukan meninggal dunia ketika berada di sebuah rumah teres yang dijadikan pusat rawatan psikiatri di Tikam Batu, dekat sini.

Dua lelaki terbabit masing-masing berusia 25 dan 20 tahun adalah penghuni yang menjalani rawatan di premis berkenaan dan mereka meninggal dunia kelmarin dan semalam.

Mayat penghuni yang berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan ditemui pengurus pusat rawatan terbabit jam 8.20 malam kelmarin ketika dia mengejutkan mangsa untuk makan ubat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Shah berkata, mangsa sebelum itu baru selesai makan malam dan dia kemudian berbaring di ruang tamu.

"Pengurus pusat rawatan terbabit kemudian cuba mengejutkan mangsa untuk makan ubat namun tiada sebarang tindak balas membuatkan dia bimbang dan menghubungi hospital.

"Petugas kesihatan yang tiba tidak lama kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Lokasi terbabit kemudian disanitasi dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk ujian saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasat.

Sementara itu, Adzli berkata, seorang lagi penghuni turut ditemukan meninggal dunia kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika berada di pusat rawatan terbabit.

"Mangsa yang berusia 20 tahun berasal dari Perak itu ditemui tidak sedarkan diri oleh penyelia pusat rawatan berkenaan yang kemudian menghubungi hospital.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan dia sudah mendapat suntikan vaksin pada 17 September lalu," katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk saringan Covid-19 sebelum bedah siasat yang dijangka akan dilakukan hari ini.

"Hasil siasatan lanjut mendapati kematian dua mangsa terbabit tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.



Disiarkan pada: September 30, 2021 @ 1:39pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2021 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian umur masih muda.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Msti ada pasal, bg ubat lebih dos atau pun nak kata vaksin punca matinya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya..muda lg kot..
takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah diucapkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2021 10:37 PM | Show all posts
Dua penghuni pusat rawatan psikiatri maut akibat Covid-19[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my


LAPORAN Harian Metro





Sungai Petani: Dua lelaki yang ditemukan meninggal dunia di pusat rawatan psikiatri di Tikam Batu, dekat sini, didapati positif Covid-19.

Ketua Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Shah berkata, hasil ujian saringan Covid-19 sebelum bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa dijangkiti virus terbabit.

"Keputusan bedah siasat juga turut mendapati kematian mereka berpunca daripada virus Covid-19," katanya.

Media melaporkan dua lelaki ditemukan meninggal dunia di premis berkenaan semalam dan kelmarin.

Mayat penghuni yang berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan ditemui pengurus pusat rawatan terbabit jam 8.20 malam kelmarin ketika dia mengejutkan mangsa untuk makan ubat.

Mayat kedua pula ditemui jam 1 tengah hari semalam oleh penyelia pusat rawatan itu yang kemudian menghubungi ambulans.

Pemeriksaan mendapati mangsa kedua sudah menerima suntikan vaksin pada 17 September lalu dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Disiarkan pada: September 30, 2021 @ 9:36pm





Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.146927 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list