CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1942|Reply: 2

[Kedah] Upah ada, semua beres...

[Copy link]
Post time 30-9-2021 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Upah ada, semua beres...[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my


DADAH yang dirampas. FOTO Ihsan Polis



Sungai Petani: Terima upah untuk jadikan rumahnya sebagai transit menyimpan bekalan dadah. Itu dilakukan seorang wanita apabila dia didapati bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai baru berjinak-jinak dengan aktiviti haram terbabit.

Perbuatan wanita berusia 22 tahun itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menyerbu rumah dua tingkat yang disewanya di Laguna, Merbok, Selasa lalu.

Dalam serbuan jam 7.30 malam itu, polis menemui dan merampas 10 paket syabu seberat 1.05 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM37, 850 di rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak bekerja dan dia berperanan sebagai pembantu untuk menyimpan bekalan dadah di rumah berkenaan.

"Kita percaya suspek mungkin menerima upah untuk melakukan kerja berkenaan dan siasatan turut menjurus sama ada dia juga terbabit mengedar dadah.

"Sindiket terbabit didalangi warga tempatan dan dipercayai baru beroperasi pertengahan tahun ini dengan hanya menjalankan aktiviti mengedar dadah sekitar bandar ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati wanita itu negatif dadah dan suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

"Suspek kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada hari sama, dua penagih tegar ditahan anggota unit Expressway Mobile Patrol Vehichles (EMPV) Bukit Aman zon utara dalam sekatan jalan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Gurun.

Adzli berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemui heroin seberat 906.5 gram (g) yang dianggarkan bernilai RM12,000, syabu 0.6 g, ganja (1 g) serta alat penimbang dan membungkus dadah.

Menurutnya, dua lelaki berusia 34 dan 41 tahun itu masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

"Ujian air kencing mendapati dua suspek terbabit positif morfin dan selain menghisap mereka turut mengedar dadah sekitar kawasan bandar ini.

"Mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.



Disiarkan pada: September 30, 2021 @ 11:26am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2021 01:22 PM | Show all posts
ni salah 1 contoh yg moral sesorg yg senang di compromise dengan wang yg tak seberapa
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 01:34 PM | Show all posts
Easy money. Berebut2 org nk buat keja mcm ni. Setitik peluh xkluaq tp duit tetap masuk. Area umah i ni mcm open secret housewifes bg pki acc utk activity jenayah awg2 hitam. Skali tumpang trf2 duit dpt 2-3ratus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051173 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list