CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3576|Reply: 9

Cara sihat makan salad

[Copy link]
Post time 29-9-2021 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Cara sihat makan salad


KUAH salad boleh jejaskan kualiti menu salad sebagai hidangan sihat.

SEBUT sahaja salad, ramai akan membayangkan ia boleh disajian bersama campuran sayur-sayuran lainyang boleh dinikmati segar.

Uniknya mengenai hidangan salad, ia boleh disediakan bersama protein bagi mendapatkan sumber makanan yang seimbang dan membantu individu berasa kenyang sepanjang hari.

Tidak hairanlah sajian salad inibiasanya menjadi pilihan bagi individu berhasrat menurunkan berat badan dan mahu mengamalkan permakanan yang sihat.

Namun dalam penyediaannya, pemilihan 'dressing' atau kuah bagi memberi rasa tambahan kepada campuran pelbagai sayur-sayuran itu boleh menjejaskan kualiti sajian salad itu sendiri.


KUAH avokado boleh meningkatkan rasa kenyang.
Malah ada kemungkinan sajian sihat itu memiliki kandungan kalori lebih tinggi berbanding sajian burger keju apabila campuran sayur-sayuran atau proteindigaul dengan pilihan kuah tertentu.

Kandungan kuah salad yang menggunakan ramuan tertentu boleh mempengaruhi kandungan nutrisi dalam sajian salad sekali gus menjejaskan keberkesanan makanan terbabit dalam membantu mengurangkan berat badan mahupun sebagai menu seimbang.

Biasanya ia merujuk kepada kuah salad yang disediakan dalam pasaran dikatakan mengandungi bahan pengawet selain kandungan gula yang tinggi. Penggunaan bahan pengawet perlu untuk memastikan kuah terbabit tahan lama.


PENGGUNAAN madu lebih sesuai menggantikan gula dalam penyediaan kuah.

Justeru, terdapat saranan dari pakar nutrisi mengatakan penyediaan di rumah adalah terbaik dalam memastikan makanan yang diambil setiap hari lebih sihat.

Berikut adalah resipi penyediaan kuah salad yang boleh pembaca lakukan dari dapur rumah. Ini sekali gus menjamin jumlah kalori dan sumbermakanan yang baik dalam sajian salad di rumah.

1. Kuah Bijan Halia(Anggaran kalori 54)

Bahan-bahan

Satu sudu besar minyak zaitun (15 mililiter (ml)

Satu sudu besar minyak bijan (15 ml)

Satu sudu besar kicap masin (15 ml)

Satu sudu besar sirap maple (15 ml)

Satu sudu besar cuka makanan (15 ml)

Seulas bawang putih yang dicincang halus.

Satu sudu besarhalia dicincang halus. (2 gram)

Penyediaan:

1. Campurkan minyak zaitun, minyak bijan, kicap, sirap maple dan cuka makanan. Kacau sehingga sebati.

2. Kemudian dalam adunan terbabit campurkan bawang putih dan halia. Kacau sehingga semuanya mesra.

2. Kuah Avokado Limau (Anggaran kalori 75)

Bahan-bahan

Sebijiavokado dipotong dadu

1/2 cawan yogurt greek.

1/3 cawan daun ketumbar

1/4 cawan perahan jus limau.

Empat sudu besar minyak zaitun.

Dua ulas bawang putih dicincang

Lada sulah dan garam secukupnya.

Penyediaan:

1. Masukkan avokado, yogurt greek, daun ketumbar, jus limau, minyak zaitun dan bawang putih dalam pengisar makanan. Kisar sehingga dapat tekstur lembut dan kepekatan yang konsisten.

2. Keluarkan adunan dan perisakan dengan garam dan lada sulah.

3. Vinaigrette Lemon

Vinaigrette (istilah kuah terdiri daripada kombinasi cuka dan minyak)

Bahan-bahan

1/4 cawan minyak zaitun.

1/4 cawan jus lemon.

Satu sudu besar madu atau sirap maple.

Garam dan lada sulah secukupnya.

Penyediaan:

1. Gaul minyak zaitun dan jus lemon.

2. Campurkan madu atau sirap maple untuk beri sedikit rasa manis.

3. Perisakan dengan garam dan lada sulah untuk profil rasa lebih baik.

Sumber:https://www.hmetro.com.my


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2021 06:24 PM | Show all posts
suka makan Nicoise salad
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 03:04 PM | Show all posts
i ollz suke daun ketumbar....mmg sedap...makan as ulam pun sedappp nyumsss
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 09:37 PM | Show all posts
Oooh it looks sooo delicious
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 07:58 PM | Show all posts
nampak sedap tapi masih lagi kekal dengan nasi masakan kampung
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Terlebih sgt kuah pn x sedap...x krup krap bila makan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2022 01:11 AM | Show all posts
I love eating salad with non-veg. Just my thing.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 01:11 AM | Show all posts
I love eating salad with non-veg. Just my thing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh try nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dappppnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.621539 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list