CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1899|Reply: 2

Rossi bakal kendali empat pasukan

[Copy link]
Post time 29-9-2021 01:25 PM | Show all posts |Read mode
TURIN – Meskipun Valentino Rossi tiada dalam grid perlumbaan selepas mengumumkan persaraannya musim depan, namun juara dunia sembilan kali itu meninggalkan legasi tersendiri dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Berbaki empat pusingan sebelum saingan MotoGP menutup tirai secara rasmi, Rossi yang terkenal dengan julukan The Doctor bakal mengendalikan empat pa-sukan dengan menyertai ke-semua kelas perlumbaan pada musim 2022 nanti.

Sudah tentu, perlumbaan MotoGP 2022 akan menyaksikan juara dunia dari Tavullia, Itali itu membawa masuk jenamanya ke kelas perdana buat julung kalinya apabila VR46 Racing akan menggantikan Avintia Racing.

Ketika ini, pasukan VR46 telah menandatangani kontrak perjanjian bersama Ducati bagi menjadi pembekal enjin pasukan untuk tempoh tiga tahun.

Adik Rossi, Luca Marini menjadi pelumba rasmi pasukan itu dan turut membawa masuk anak didiknya dari Akademi VR46 iaitu Marco Bezzecchi.

Lebih menarik, dalam sai-ngan kelas Moto2 nanti, Rossi juga telah mendaftarkan dua pasukan iaitu Yamaha VR46 Master Camp Team serta satu lagi pasukan dengan nama -Aramco VR46 Team.

Selain itu, dalam kelas Moto3, pasukan kendalian Rossi akan dikenali sebagai Avintia VR46 Riders Academy yang akan membariskan pelumba-pelumba berbakat dari akademinya untuk bersaing di pentas lebih tinggi. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2021 01:27 PM | Show all posts

ROSSI bakal mengharungi musim yang sibuk tahun hadapan apabila perlu mengendalikan empat pasukan bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia bagi semua kelas. – AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2021 01:29 PM | Show all posts
ini la baru betul naikkan nama negara dan pelumba sendiri bukan mcm satu team tu,bertanding dalam 3 kelas perlumbaan tapi sorang local rider pun xde
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.064097 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list