CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3190|Reply: 0

Apple buat R&D selama 3 tahun setiap model iPhone sebelum pelancaran

[Copy link]
Post time 29-9-2021 08:22 AM | Show all posts |Read mode
Apple Merancang Pembangunan Sesuatu iPhone Sekitar 3 Tahun Sebelum Pelancaran
Diterbitkan pada 28 Sep 2021. oleh Aman.

Apple telah pun memperkenalkan iPhone 13 baru-baru ini, dan akan dipasarkan di Malaysia bermula 8 Oktober 2021 kelak. Selari dengannya, kini pihak GQ menemuramah pihak Apple, sekaligus berkongsi sejumlah perkara berkaitan gergasi teknologi berkenaan.

Melalui temuramah berkenaan, ia turut dikongsikan mengatakan Apple akan memulakan perancangan dan pembangunan iPhone sekitar tiga tahun lebih awal.
iPhone 12

Ketika tempoh itu, spesifikasi untuk sesuatu cip pemprosesan akan ditetapkan – sekaligus menjadi penanda aras untuk pembangunan peranti mereka. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan disasarkan apakah sensor akan digunakan, serta apakah yang bakal disertakan pada sesuatu iPhone.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, memandangkan pembangunan sesuatu produk mengambil masa yang agak lama. Ia berbeza dengan pengeluar lain yang menggunakan teknologi dan rekaan sedia ada, dan hanya menyertakan logo pada produk mereka.

Hal ini juga mungkin adalah sebab kenapa sesetengah produk Apple kini tertiris lebih awal – termasuk sebagai contoh maklumat berkaitan pembangunan iPhone boleh-lipat dan sebagainya.

Jadi, pada hari ini, Apple mungkin sedang merancang pembangunan untuk iPhone yang bakal diperkenalkan pada tahun 2024 kelak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.056366 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list