CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2364|Reply: 1

[Sabah] Covid19 28/09/2021

[Copy link]
Post time 28-9-2021 04:54 PM | Show all posts |Read mode





Kota Kinabalu 140 (123)
Kinabatangan 67 (16)
Sandakan 60 (81)
Keningau 51 (102)
Lahad Datu 50 (131)
Tuaran 46 (57)
Kota Belud 43 (51)
Papar 37 (32)
Penampang 36 (64)
Tawau 29 (41)
Kota Marudu 27 (61)
Putatan 21 (34)
Pitas 19 (39)
Beluran 17 (16)
Ranau 17 (69)
Nabawan 14 (39)
Tenom 14 (14)
Semporna 12 (11)
Telupid 12 (12)
Kunak 11 (15)
Sipitang 9 (6)
Kudat 7 (22)
Beaufort 6 (12)
Tambunan 2 (12)
Tongod 2 (14)
Kuala Penyu 1 (1)
Kalabakan 1 (3)

*Angka dalam kurungan adalah jumlah  kes kelmarin*    *( 26/09/2021 )*

*KLUSTER BARU*
           Tiada

*RUMUSAN HARIAN*
*(27/09/2021)*

*Hari ini Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes yang agak besar dengan jumlah dibawah lapan ratus. Ini adalah satu jumlah terendah sejak 27 Julai 2021. Kumulatif harian Negeri Sabah yang dicatatkan pada hari ini ialah sebanyak 751 kes dengan jumlah penurunan sebanyak (-327) kes berbanding semalam.*

*Perubahan angka jangkitan yang direkodkan di setiap daerah masih tidak statik. Walau bagaimanapun, trend penurunan angka jangkitan hari ini adalah selari dengan jumlah daerah yang merekodkan penurunan kes iaitu sebanyak 18 daerah, dengan cuma 6 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 3 daerah kekal mencatatkan jumlah kes sebagaimana angka semalam.*

*Kawasan bandar-bandar utama juga menunjukkan trend rekod yang baik di mana semua bandar utama merekodkan penurunan kes kecuali Kota Kinabalu dengan catatan 140 (+17) dan juga Semporna 12 (+1) kes. Antara 6 daerah yang merekodkan peningkatan kes pada hari ini, hanya Kinabatangan sahaja yang menunjukkan peningkatan signifikan iaitu 67 (+51) kes. Peningkatan yang agak tinggi ini adalah disebabkan oleh penambahan 46 kes baharu di dua kluster sedia ada di Daerah tersebut.*

*Antara 18 daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Lahad Datu 50 (-81) kes, Ranau 17 (-52) kes, Keningau 51 (-51) kes, Kota Marudu 27 (-34) kes, Penampang 36 (-28) kes, Nabawan 14 (-25) kes, Sandakan 60 (-21) kes, Pitas 19 (-20), Kudat 7 (-15) kes, Putatan 21 (-13) kes, Tawau 29 (-12) kes, Tongod 2 (-12) kes, Tuaran 46 (-11) kes dan Tambunan 2 (-10) kes.*

*Daripada 751 kes yang didaftar hari ini, (302) kes atau 40.21% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (30) kes atau 3.99% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan (9) kes atau 1.20% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari selepas keputusan saringan diketahui. Kes2 hari ini juga melibatkan 20 OKT/Banduan dan 7 orang pekerja pelantar minyak offshore.*

*Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (366) kes atau 48.7%, Saringan Bergejala (232) kes atau 30.9%, (46) kes atau 6.1% daripada Saringan Kluster, (1) kes atau 0.1% dari Saringan Bersasar dan (106) kes atau 14.1% melalui Saringan Lain-lain.*

*Kes-kes bergejala yang juga dikenali sebagai kes-kes  jangkitan sporadik sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi SOP dan penjagaan kesihatan diri. Hari ini 30.9% kes di Sabah adalah daripada kategori saringan bergejala. Pematuhan SOP adalah kunci utama penjagaan diri untuk mengelak daripada jangkitan virus Covid.*


Daripada 751 kes yang berdaftar hari ini :
(254) kes atau 33.82% adalah pesakit dalam Kategori 1,

(454) kes atau 60.45% dalam Kategori 2,

5 kes dalam Kategori 3,

7 kes dalam Kategori 4

4 kes dalam Kategori 5.


27 kes masih dalam siasatan. 84.69% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2021 04:57 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.108575 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list