CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 0

[Kedah] Hospital Medan ATM dijangka dibuka di HSB

[Copy link]
Post time 27-9-2021 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Hospital Medan ATM dijangka dibuka di HSB[size=0.8][size=0.9]Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


Hospital medan di HPP. FOTO ARKIB NSTP



Alor Setar: Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal diwujudkan berdekatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bagi merawat pesakit Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, pihaknya sudah mendapat persetujuan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pembukaan hospital itu.

"Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sudah maklum mengenai perkara ini ketika beliau melakukan lawatan kerja di Kedah, minggu lalu.

"Pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menyatakan kesediaan bekerjasama dan hanya menunggu 'lampu hijau' daripada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Selasa lalu, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada ATM untuk membuka hospital medan di negeri ini.

Katanya, ia berikutan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) masih tinggi iaitu 79.9 peratus.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati berkata, jumlah katil hospital medan di HSB akan ditentukan selepas membuat penilaian kadar penggunaan katil di wad ICU di seluruh hospital kerajaan di Kedah.

Katanya, pembukaan hospital medan itu dijangka akan membantu Kedah beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Sebelum ini, kita ada 25 katil untuk kegunaan di wad ICU iaitu 15 katil di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan 10 katil di HSB.

"Sekarang penggunaan katil di wad ICU kita juga semakin kurang dan Kedah dijangka dapat beralih ke fasa dua PPN tidak lama lagi," katanya.

Kes jangkitan Covid-19 di negeri ini terus mencatatkan penurunan di bawah 1,000 kes sejak minggu lalu dan Kedah mencatatkan sebanyak 660 kes, hari ini.



Disiarkan pada: September 27, 2021 @ 6:23pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.337837 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list