CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 1

[Kedah] Guru tolak vaksin mungkin ditukar

  [Copy link]
Post time 26-9-2021 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Guru tolak vaksin mungkin ditukar[size=0.8]Oleh Hamzah Osman - September 26, 2021 @ 8:01pmbhnews@bh.com.my


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melawat persekitaran Kolej Vokasional Langkawi, hari ini. - Foto BERNAMA



LANGKAWI: Guru yang menolak vaksin COVID-19 mungkin ditukar jika tindakan mereka menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid terjejas.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata demi kepentingan perkhidmatan dan keselamatan pelajar, pihaknya sedang melihat cara untuk membawa keluar guru terbabit dari sekolah yang bermasalah dan antara penyelesaian ialah melakukan pertukaran tempat mengajar.

"Sebelum ini, guru yang tidak divaksin tidak boleh mengajar secara bersemuka tetapi kena hadir ke sekolah dan akan ditempatkan di tempat khas dan ada tugasan untuk mereka.

"Namun, apabila kita lihat data, kita dapati di sekolah tertentu ada guru yang tidak mahu divaksin mengajar subjek yang sama, jadi macam mana nak teruskan pembelajaran dalam konteks ini?" katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan pembukaan semula sekolah di Kolej Vokasional Langkawi, di sini, hari ini.

Radzi berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan pertukaran tempat mengajar, termasuk membabitkan perpindahan antara negeri mungkin terpaksa dilakukan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Beliau berkata, di peringkat awal, guru yang enggan divaksin sudah diberi nasihat dan tempoh secukupnya untuk mengambil vaksin.

"Daripada 2,500 guru yang enggan divaksin, sekarang tinggal sekitar 2,000 lagi yang belum divaksin. Jumlah ini nampak kecil tapi bila diselidik hingga ke setiap sekolah, ia tidak boleh dibiar berlarutan dan kita kena ambil tindakan segera," katanya.

Untuk tindakan lanjut, katanya, pihaknya masih menunggu keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung bentuk tindakan bersesuaian terhadap guru terbabit.

Mengulas vaksinasi remaja, Radzi berkata, kesimpulan belum dapat dibuat mengenai perjalanan proses itu, namun pihaknya mendapati prosesnya berjalan dengan sangat baik dan teratur.

"Program vaksinasi remaja baru bermula dan kita memantau penerimaan ibu bapa, tapi setakat ini, penerimaan cukup baik. Ibu bapa bersemangat menghantar anak ambil vaksin dan kita akan terus pantau keadaan ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Radzi berkata, Kementerian Pendidikan memberi kebenaran khas kepada semua pelajar semester dua Tingkatan Enam di Kedah kembali bersekolah mulai 10 Oktober ini.

Katanya, langkah itu dibuat bagi membolehkan pelajar terbabit bersemuka bersama guru berikutan mereka dijadual memulakan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akhir Oktober ini.

"Kita membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya beri kebenaran khas kepada kumpulan pelajar ini untuk kembali bersekolah dan ia diluluskan.

"Tempohnya pendek kerana mereka masuk semula ke sekolah pada 10 Oktober dan dijadual menduduki peperiksaan akhir bulan itu," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 01:28 AM | Show all posts
Tak vaksin please main jauh-jauh from my kids!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.268756 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list