CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2687|Reply: 3

Deruan air terapi bunyi kurangkan kemurungan

[Copy link]
Post time 23-9-2021 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Deruan air terapi bunyi kurangkan kemurungan


Kolam ikan yang dilengkapi hiasan air mampu memberikan kedamaian dan ketenangan di dalam rumah.- Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Hiasan air yang dipasang di rumah mampu menjadi terapi bunyi bagi menenangkan jiwa, meningkatkan semangat dan mengurangkan masalah kemurungan.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa ramai tinggal di rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan konsep bekerja dari rumah, selain menumpukan perhatian terhadap keluarga.

Dalam suasana begini seharusnya semua individu bijak mengawal kesihatan mental dengan pelbagai cara.

Pengurus Pembangunan Serantau Waterco, Khoo Zao Cheong, berkata dalam keadaan itu persekitaran di rumah perlu damai supaya fikiran lebih tenang.

Katanya, menyediakan hiasan air dalam rumah termasuk kondominium antara kaedah yang boleh mendatangkan aura alam yang menenangkan.

"Dengan perancangan teliti dan pemilihan hiasan air sesuai, kita boleh menikmati banyak kelebihan untuk kehidupan keluarga yang selesa," katanya.

Beliau berkata, air sesuatu yang terpenting bagi semua bentuk hidupan, selain mempunyai elemen positif yang melambangkan peredaran, kebijaksanaan, kemurnian, kekayaan dan lagi.

Meskipun kesan evolusi budaya sepanjang zaman, pemahaman mengenai keadaan itu masih kekal dan sedikit sebanyak boleh membina mengalirkan tenaga positif masuk ke rumah.

Selain itu, hiasan air berfungsi sebagai sistem penyejukan cekap tenaga yang semula jadi untuk rumah te
rutama bagi negara berada dalam iklim tropika sepanjang tahun.

"Baik di dalam atau di luar rumah, kawasan di mana hiasan air dibina mewujudkan suasana sejuk dan nyaman.

"Hiasan air di rumah bukan hanya mewujudkan suasana menenangkan dan aman di kediaman, ia juga membantu melenyapkan tenaga negatif daripada kehidupan," katanya.

Justeru, kenal pasti tempat 'sempurna' memasang hiasan air di dalam rumah dengan memilih ruang tertentu seperti di sudut belakang, di bawah tangga, atau di atas meja untuk menyemarakkan suasana yang tenang sekali gus melancarkan rutin harian.


Hiasan air diletakkan di atas meja memdatangkan aura alam yang menenangkan. - Foto hiasan

"Apa yang penting mereka perlu memastikan kebersihan air, menempatkan di lokasi selamat dan mempunyai sumber elektrik supaya tidak perlu menarik kabel sambungan dengan terlalu panjang," katanya.

Beberapa jenis hiasan air boleh diletakkan di rumah termasuk air pancut dinding, dinding air, air pancut lantai dan air pancut yang boleh diletakkan di atas meja.

Pilih bahan yang sesuai untuk hiasan air demi keselamatan dan kemudahan penyelenggaraan.

Mungkin ramai ragu-ragu membina hiasan air di rumah kerana ia memerlukan masa membersih dan menyelenggara, terutama bagi mereka yang ingin memelihara ikan kerana makanan dan sisa menimbulkan bau kurang menyenangkan.

Untuk memastikan air mengalir secara berterusan, anda memerlukan pam bersesuaian untuk memastikan aliran air yang cantik dan lancar sambil mengelakkan percikan menyebabkan kerosakan pada lantai dan perabot berdekatan.

"Yang penting, apa yang berkaitan dengan air dan elektrik mesti dikendalikan dengan berhati-hati. Oleh itu, jika penyelidikan dilakukan dengan tepat, sesiapa pun boleh memiliki hiasan air yang mengalir lancar di rumah mereka.

"Tidak kira saiz rumah, pemasangan hiasan air sudah terbukti bukan sesuatu yang sulit asalkan memahami ruang dan keperluan kediaman.

"Juga boleh disediakan air pancut berskala besar di halaman rumah atau lekapan kecil untuk diletakkan di atas meja sekali gus mencetuskan suasana semula jadi dan menenangkan untuk seisi keluarga," katanya.


Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak x boleh la ada bunyi air dalam rumah. Bunyi tu buat akak tidur tak lena sbb panic lupa tutup paip air
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 10:33 AM | Show all posts
suka bunyi hujan kat corong atap.. tenang
esp kat kg.. sejuk
sini hujan tutup semua.. bukak tingkap sikit ambik feel
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tk suka dengar air
Kalau menitik dr pili mmg aku stress
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.076053 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list