CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12951|Reply: 66

[Sarawak] Rumah Panjang moden di Sarawak

[Copy link]
Post time 23-9-2021 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 24-9-2021 01:56 PM




Cantik serta memberi inspirasi, itu mungkin ayat paling ringkas untuk menggambarkan perasaan sebaik melangkah masuk ke dalam Rumah Jangu Ladong Tahir (Rh Jangu Tahir) yang terletak di Kilometer 15, Jalan Ulu Sebauh.

Menurut Timbalan Tuai Rumah Sidin Dian, rumah panjang masyarakat Iban itu mula dibina sejak tahun 2000, selepas bekas tuai rumah mendiang Tahir Kalau membawa penduduk berpindah dari lokasi asal yang terletak di tepi Sungai Tebas untuk memudahkan mereka menerima kemudahan seperti akses jalan raya, elektrik dan air.

Katanya rumah panjang dua tingkat yang dibina di tanah seluas tiga hektar itu juga bertujuan menggantikan petempatan lama yang dibina menggunakan kayu dan sudah begitu uzur.

“Ada 34 bilik/pintu rumah yang menempatkan 225 orang penduduk di Rh Jangu Tahir ini, berdasarkan persetujuan yang dicapai sejak idea awal dicetuskan mendiang bapa mentua saya (Tahir Kalau) bahagian luar rumah perlu sama namun di dalam setiap bilik/pintu penduduk boleh buat reka bentuk sendiri,” katanya kepada Bernama.

Biarpun begitu, Sidin berkata reka bentuk dalaman perlu juga mengambil kira faktor keselamatan khususnya melibatkan langkah pencegahan kebakaran.

Katanya sejarah rumah panjang dibina kerana faktor permusuhan antara kaum, tetapi kini musuh utama rumah panjang ialah api atau kebakaran dengan hampir setiap tahun berlaku musibah rumah panjang hangus dijilat api.

“Oleh itu saya membuat reka bentuk dengan sedaya upaya agar pencegahan kebakaran dapat dielakkan. Bahagian dapur dipisahkan atau dibuat berasingan daripada bahagian utama bilik/pintu pada jarak 15 meter, begitu juga bahagian utama bilik/pintu dipisahkan dengan ruai juga pada jarak 15 meter.

“Selain itu bahagian-bahagian tersebut disambung atau dibina menggunakan material ‘semi fire proof’ seperti metal (logam), boleh dikatakan tidak akan dijilat api sekiranya berlaku kebakaran,” katanya yang bekerja dengan sebuah syarikat minyak dan gas di Mesir.

Sidin turut berkongsi satu perkara menarik iaitu sekiranya rumah panjang memenuhi spesifikasi keselamatan, setiap bilik/pintu boleh diinsuranskan.

“Sekiranya rumah panjang lengkap dengan fire breaker, pendawaian elektrik oleh kontraktor berlesen, penduduk yang tinggal boleh insuranskan bilik/pintu mereka. Di Rh Jangu Tahir ini penduduk memang menginsuranskan rumah mereka dengan nilai antara RM120,000 hingga RM150,000 setiap bilik/pintu.

“Saya sendiri menginsuranskan unit saya ini pada nilai RM500,000 lengkap dengan perlindungan kebakaran, kilat, rompakan serta bencana alam,” katanya sambil menambah itu kebaikan rumah panjang moden yang mementingkan aspek keselamatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow... Agak2 dia terima pelawat tak? Kalau bukan sbb covid.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya .....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 06:46 PM | Show all posts
wah .... cantiknya ... macam mansion ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 07:11 PM | Show all posts
gila lah kalah rumah alif shukri yang kolam renang dia rupa penyu bertelur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
best duk rumah mcm ni
ramai2
tp pintu lain2
kalo family aku duk situ pun lg aku suka
x risau kan safety for my parents
sbb semua ada depan mata
and kalo nk pi travel outstation jauh2 lama2 pun x risau sbb ada org kat rumah selalu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 07:17 PM | Show all posts
boleh jd contoh kepada rumah panjang lain. level mansion penthouse moga dalam rumah ada kolam renang. library dewan serba guna, anjung.

moga ada sediakan rumah sewa bagi orang luar nak rasa suasana rumah panjang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 07:30 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-9-2021 07:12 PM
best duk rumah mcm ni
ramai2
tp pintu lain2

tak sesuai culture org melayu rasanya suka privacy.  buat rumah sebiji sebiji. lepas tu extend sana sini .
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 23-9-2021 08:06 PM

bukan mereka tinggal atas pokok,pakai cawat,tak reti undi ke?????-LipanLamaDahTakOnline
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kira anak beranak diorg je ke

Kalau aku rimasss

Aku suka jarak 200m dr rumah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dorg ni xbergaduh ke duk ramai2..toilet setiap pintu tu ada satu toilet ke eh? i pernah masuk rumah pjg yg culture village ke kt mana dulu kwn bwk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:52 PM | Show all posts
Skuau replied at 23-9-2021 12:04 PM
bukan mereka tinggal atas pokok,pakai cawat,tak reti undi ke?????-LipanLamaDahTakOnline

haha sian.. mesti lipanlamadahtakonline tu duk dlm gua kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:55 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 23-9-2021 12:56 PM
edayildiz replied at 23-9-2021 12:39 PM
dorg ni xbergaduh ke duk ramai2..toilet setiap pintu tu ada satu toilet ke eh? i pernah masuk rumah  ...

rumah panjang ni sama jer sebenanrnya mcm rumah teres
cuma kat ruai tu jer ala2 mcm balkoni tu bersambung
antara rumah sebelah menyebelah memang ada dinding
tak share pun maksudnya takder orang sebelah boleh masuk rumah orang lain
dan salah satu contoh tu memang rumah tu paling cantik
yang lain biashe2 jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 23-9-2021 08:55 PM
rumah panjang ni sama jer sebenanrnya mcm rumah teres
cuma kat ruai tu jer ala2 mcm balkoni tu be ...

ooh faham2
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wauu cantiknyee...mewah...bagus laa dia tolong org2 dia bg diorang hidup selesa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 23-9-2021 08:55 PM
rumah panjang ni sama jer sebenanrnya mcm rumah teres
cuma kat ruai tu jer ala2 mcm balkoni tu be ...

Dapur toilet semua pon sendiri2 ya bukan share?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 12:18 AM | Show all posts
Menarikk. Suka budaya tradisi rumah panjang diorg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 02:40 PM | Show all posts
edayildiz replied at 23-9-2021 08:39 PM
dorg ni xbergaduh ke duk ramai2..toilet setiap pintu tu ada satu toilet ke eh? i pernah masuk rumah  ...
boleh skip terus ke minit 5 ...

dalam rumah ada "bilik" / rumah memasing ...

kat depan tu yang tiles memanjang tu dier rang panggil "ruai" ... tempat santai2 ibu2 nenek2  samada buat kerjatangan memasing ...

atau akan jadi tempat "keramaian" bila ada sambutan perayaan ke ... perkahwinan ke  gtu ...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 02:42 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-9-2021 07:30 PM
tak sesuai culture org melayu rasanya suka privacy.  buat rumah sebiji sebiji. lepas tu extend san ...
Setuju ...

agak tak sesuai untuk orang melayu ...
melayu suka menyendiri


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.661087 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list