CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2903|Reply: 3

Atasi sikap 'lokek' anak

[Copy link]
Post time 22-9-2021 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Atasi sikap 'lokek' anak


KANAK-KANAK sudah bersekolah belajar kemahiran bersosial untuk bentuk sikap boleh berkongsi dengan orang lain.

Pernah atau tidak berdepan situasi jika bermain pada awalnya si kecil terutama anak sulung sukar untuk berkongsi permainan atau barangan peribadi milik mereka kepada orang lain?

Lebih membimbangkan sikap 'kedekut' si anak itu membawa kepada tingkah laku yang tidak dijangka seperti menangis atau bergaduh.

Mungkin, sebagai ibu, bapa atau penjaga, walaupun hal ini kelihatan remeh tetapi ia sebenarnya boleh membawa kepada rasa kurang selesa. Apatah lagi, jika si kecil sudah mempunyai adik yang baru lahir.

Pensyarah Kanan Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nellie Ismail berkata, sikap si kecil tidak mahu berkongsi terutama berusia dua tahun ke bawah adalah perkara yang biasa berlaku.

Namun jelasnya, sebagai ibu bapa atau penjaga, mereka perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan sikap itu tidak berterusan kerana ia boleh memberi kesan kepada perkembangan sosial si anak pada masa depan.

"Menurut Cowell dan Decety (2015), kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun lebih mementingkan diri sendiri manakala kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas lebih bersifat prososial yang mana mereka boleh berkongsi sesuatu dengan orang lain.

Katanya, kajian itu menunjukkan bahawa ibu bapa tidak perlu bimbang jika anak-anak bersifat 'lokek' pada usia berkenaan memandangkan mereka masih belum menguasai kemahiran bersosial.


KANAK-KANAK akan bertindak tantrum jika tidak mahu berkongsi barangan atau permainan.

"Apabila kanak-kanak sudah masuk ke alam persekolahan atau taman bimbingan kanak-kanak, sikap itu boleh diubah kerana mereka akan mempelajari kemahiran bersosial bersama rakan-rakan.

"Justeru, kita boleh lihat kanak-kanak yang dibesarkan tanpa mempunyai rakan sebaya mungkin mempunyai sikap mementingkan diri sendiri termasuk tidak suka berkongsi barangan peribadi kepada orang lain," katanya.

Dr Nellie menambah, sifat boleh berkongsi antara satu kemahiran yang sangat penting dalam perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.

Tambahnya, ia boleh mengeratkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain, membantu kanak-kanak untuk belajar mengawal emosi dan membentuk sifat empati dalam diri kanak-kanak.

"Antara sebab utama yang menyebabkan kanak-kanak sukar untuk berkongsi barang atau permainan kesayangan dengan orang lain adalah kerana mereka merasakan ia satu pengorbanan yang sangat besar apabila terpaksa melakukannya.

"Selain itu, kanak-kanak juga berasa takut jika barang atau permainan peribadi tidak dikembalikan semula kepada mereka," katanya.

Katanya, kanak-kanak dua tahun ke bawah yang tidak mahu berkongsi barang atau permainan bersama orang lain adalah sesuatu perkara yang normal.

"Mereka masih belum faham cara untuk mengawal emosi dengan baik. Mereka akan menangis atau 'tantrum' apabila barang miliknya diambil oleh orang lain.

"Masa terbaik untuk ibu bapa membimbing anak-anak pada peringkat ini mengenai sifat berkongsi sesuatu dengan orang lain contohnya ketika bermain," katanya.


BERADA di taman asuhan boleh membantu mendidik kanak-kanak untuk mempunyai sikap berkongsi.

Tambahnya, ibu bapa boleh membimbing mereka faham berkenaan pentingnya sifat berkongsi melalui pelbagai cara menjadi suri teladan ('role model') kepada anak memandangkan kanak-kanak belajar melalui pemerhatian.

"Ibu bapa perlu tunjuk contoh kepada anak-anak. Tunjukkan amalan berkongsi antara ahli keluarga di hadapan mereka.

"Terangkan juga kepada anak mengapa mereka perlu berkongsi. Contohnya, memaklumkan bahawa perkongsian dapat membantu orang lain rasa lebih bahagia dan membuatkan kita disayangi," katanya.

Katanya, jika anak tidak mahu berkongsi, bantu mereka untuk faham cara untuk berkongsi. Contohnya, katakan, 'kakak sudah ada anak patung, di dalam bilik ada lagi satu anak patung. Kakak boleh main sama-sama dengan kawan kakak nanti'," katanya.

Beliau menambah, tetapkan masa untuk anak menggunakan atau bermain permainan yang sama bersama adik-beradik lain atau rakan-rakan yang lain.

"Kanak-kanak akan tahu masa mereka perlu memberikan barang atau permainan kepada yang lain dan belajar menunggu giliran.

"Asingkan permainan yang sangat anak sayang dan suka dengan permainan yang lain. Jika anak anda mempunyai permainan yang sangat disukainya dan sukar untuk berkongsi permainan itu dengan orang lain, letakkan di tempat lain apabila anak anda bermain bersama rakan-rakannya," katanya.


IBU bapa atau penjaga perlu menjadi role model kepada si kecil.

Tambahnya, antara yang boleh dilakukan ialah berikan permainan yang anak anda boleh kongsikan bersama orang lain untuk elakkan pergaduhan.

"Gunakan permainan yang membabitkan dua orang pemain atau lebih. Permainan seperti puzzle, bola dan blok boleh menggalakkan anak untuk berkongsi dan bermain bersama dengan orang lain.

"Puji anak setiap kali mereka boleh berkongsi barang atau permainan bersama adik-beradik yang lain atau bersama rakan-rakan. Ia akan memberikan semangat dan membuatkan mereka lebih suka untuk berkongsi," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan masa sekolah dulu suka sangat pinjam stationery aku sampai buat harta sendiri. Padahal mak bapak dia kerja pegawai kerajaan u52. Bukannya buruh, nelayan atau petani.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
manak sendiri tak pernah lokek dari sudut memberi cinta pada semua....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 01:27 PM | Show all posts
mcm anak aku, kalau makan cuba mntak sikit tak mahu dibaginya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064290 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list