CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1621|Reply: 1

[Kedah] Peniaga wanita rugi RM30,000 ditipu skim pelaburan

[Copy link]
Post time 21-9-2021 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga wanita rugi RM30,000 ditipu skim pelaburan[size=0.8]Zuliaty Zulkiffli - September 21, 2021 @ 3:10pmbhnews@bh.com.my


Foto hiasan



ALOR SETAR: Seorang peniaga wanita di Pendang kerugian RM30,000 selepas diperdaya seorang suspek yang menawarkan satu peluang untuk mendapatkan keuntungan menerusi suntikan modal bagi perniagaan produk kesihatan dan kosmetik.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kejadian bermula pada 16 April lalu apabila mangsa melaburkan wang dan dijanjikan pulangan wang modal serta keuntungan dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, selepas memasukkan wang, suspek memberi pelbagai alasan dan mangsa mengesyaki ditipu.

"Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pendang pada 15 September lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Susulan itu, seorang wanita yang juga pengasas produk kecantikan berusia 30 tahun ditahan petang kelmarin di hadapan kedainya di Pendang untuk membantu siasatan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar.

Kamarul Zaman berkata, setakat ini hanya dua laporan polis diterima berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya percaya lebih ramai terbabit dalam pelaburan berkenaan namun tidak berani membuat laporan polis kerana wanita terbabit menjanjikan pulangan wang mereka semula.

"Wanita itu kini direman empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa pengasas tu ye? Popular ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.803008 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list