CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 1

Bagnaia akui cemas dikejar Quartararo

[Copy link]
Post time 21-9-2021 07:36 AM | Show all posts |Read mode
Misano Adriatico: Selepas menunggu lebih dua tahun setengah untuk meraih kemenangan pertama MotoGP, Francesco Bagnaia kini menjuarainya dua kali dalam masa seminggu selepas mengatasi cabaran Fabio Quartararo.

Pelumba Ducati dari Itali, Bagnaia memenangi MotoGP San Marino dengan tunggangan mantap sejak awal perlumbaan di Misano semalam.

Dia yang menjulang trofi sulung dalam kategori perdana di Aragon minggu lalu, terpaksa bersaing sengit dengan pelumba Yamaha dari Perancis yang juga pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo pada pusingan terakhir.

Bagaimanapun, Quartararo, 22, yang menjuarai lima perlumbaan musim ini masih mampu tersenyum.

Dengan baki empat perlumbaan lagi, dia masih selesa dengan 48 mata mengatasi Bagnaia sekali gus berpeluang cerah menjadi pelumba Perancis pertama mucul juara MotoGP dunia.

Juara bertahan, Joan Mir di tangga ketiga dengan ketinggalan 67 mata.

"Apabila melihat Fabio yang kehilangan masa pada awal perlumbaan bersaing sengit dengan saya pada 10 pusingan terakhir, membuatkan saya tertekan tetapi saya memberikan segalanya,'' Bagnaia.

"Saya dapati sukar pada mulanya untuk menang MotoGP pertama tetapi kini saya juara dua kali berturut-turut, saya sangat gembira.''

Quartararo pula berkata: "Sangat sukar, saya hilang masa pada awal perlumbaan. Saya mengerahkan segalanya, saya mahukan kemenangan.''

Tempat ketiga milik seorang lagi pelumba dari Itali, Enea Bastianini yang kali pertama menaiki podium. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 07:37 AM | Show all posts

BAGNAIA meraikan kejayaan di Litar Marco-Simoncelli di Misano Adriatico, Itali. FOTO AFP.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.118653 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list