CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3016|Reply: 4

[Sabah] Covid19 20/09/2021

[Copy link]
Post time 20-9-2021 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Sabah 1,255      (1,356)*
Kota Kinabalu 176 (220)
Beluran 95 (26)
Sandakan 86 (112)
Kinabatangan 81 (17)
Tuaran 81 (94)
Kota Belud 74 (78)
Ranau 73 (36)
Lahad Datu 71 (122)
Tawau 68 (66)
Keningau 63 (70)
Penampang 58 (71)
Putatan 57 (19)
Kalabakan 44 (
Papar 43 (69)
Kota Marudu 36 (58)
Telupid 24 (19)
Kudat 24 (20)
Nabawan 22 (27)
Tenom 17 (31)
Pitas 15 (81)
Kunak 10 (19)
Tambunan 9 (31)
Kuala Penyu 7 ( 8 )

Sipitang 7 (7)
Beaufort 6 (14)
Semporna 5 (13)
Tongod 3 (20)

*Angka dalam kurungan adalah jumlah  kes kelmarin*    *( 19/09/2021 )*

*Kluster Baru*

Kluster Sawit M1,
Kinabatangan  38 (+38)

*RUMUSAN HARIAN*
*(20/09/2021)*

*Pada hari ini, Sabah masih meneruskan trend penurunan jangkitan dan merupakan angka terendah yang direkod sejak 10 Ogos 2021. Hari ini jumlah kes yang direkodkan ialah 1,255 kes dengan penurunan sebanyak (-101) kes berbanding semalam.*

*Secara keseluruhan, pola penurunan kes di Negeri Sabah seiring dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan dengan statistik 18 daerah mencatatkan penurunan, 8 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 1 daerah iaitu Sipitang, kekal dengan catatan sebagaimana semalam.*

*Kota Kinabalu mencatatkan penurunan kes dengan catatan 176 kes, merekodkan penurunan sebanyak (-44) kes. Begitu juga dengan kawasan perbandaran lain yang turut merekodkan penurunan kecuali Putatan, Kudat dan Tawau.*

*Antara daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Pitas (-66) kes, Lahad Datu (-51) kes, Papar (-26), Sandakan (-26), Tambunan (-22), Kota Marudu (-22), Tongod (-17), Tenom (-14), Penampang (-13) dan Tuaran (-13). *

*Daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara pula ialah Beluran (+69) kes, Kinabatangan (+64) kes, Putatan (+38) kes, Ranau (+37) kes dan Kalabakan (+36) kes. Terdapat 10 kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini.*

*Daripada 1,255 kes yang didaftar hari ini, (462) kes atau 36.82% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (73) kes atau 5.82% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan (63) kes atau 5.02% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari.*

*Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (602) kes atau 48.0%, Saringan Bergejala (357) kes atau 28.4%, (86) kes daripada Saringan Kluster atau 6.9%, (81) kes atau 6.5% dari Saringan Bersasar dan 129 kes atau 10.3% melalui Saringan Lain-lain.*

*Daripada 1,255 kes yang berdaftar hari ini, (391) kes atau 31.16% adalah pesakit dalam Kategori 1, (800) kes atau 63.75% dalam Kategori 2, 6 kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan 12 kes dalam Kategori 5. 36 kes masih dalam siasatan. 84.14% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.*

CA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 03:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 04:42 PM | Show all posts
Lapor kes 20 september 2021
Kota marudu

Kg pelipikan-1 kes
Kuarters HKM-1 kes
Talantang 1-2 kes
Kg soronsob-1 kes
Kg radu-1 kes
Kg wani-1 kes
Kg ranau 2-1 kes
Kg bombong 4-1 kes
Kg parong-2 kes
Taman elan, jalan bunsadan-2 kes
Ppr kerongkom-1 kes
Kg salimandut-1 kes
Pekan lama-2 kes
Kg ongkilan-1 kes
Kg mangin-2 kes
Kg talantang1-2 kes
Kg sungai-1 kes
Kg kotud-1 kes
Kg kerongkom-6 kes
Kg monopod-2 kes
Prima residensi-1 kes
Kg morion-1 kes
Kg teritipan-1 kes
Kg makatol darat-1 kes

Jumlah kes=36












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 05:29 PM | Show all posts
Kes Covid-19 Sabah terus turun, kata Masidi

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, kes Covid-19 di Sabah terus menunjukkan penurunan dengan 1,255 kes baharu dicatat hari ini, iaitu menurun sebanyak 101 kes berbanding semalam.

Katanya, angka berkenaan juga yang terendah dicatatkan di negeri itu sejak 10 Ogos lalu.

“Secara keseluruhan, pola penurunan kes di Sabah seiring dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan dengan statistik 18 daerah mencatatkan penurunan, lapan daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu daerah, iaitu Sipitang, kekal dengan catatan sebagaimana semalam.

“Kota Kinabalu mencatatkan penurunan 44 kes dengan catatan 176 kes, begitu juga dengan kawasan bandar lain yang turut merekodkan penurunan kecuali Putatan, Kudat dan Tawau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, antara daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Pitas yang turun 66 kes, Lahad Datu (turun 51 kes), Papar (turun 26 kes), Sandakan (turun 26 kes), Tambunan (turun 22 kes), Kota Marudu (turun 22 kes), Tongod (turun 17 kes), Tenom (turun 14 kes), Penampang (turun 13 kes) dan Tuaran (turun 13 kes).

Katanya, daerah yang mencatatkan peningkatan ketara pula ialah Beluran (meningkat 69 kes), Kinabatangan (meningkat 64 kes), Putatan (meningkat 38 kes), Ranau (meningkat 37 kes) dan Kalabakan (meningkat 36 kes).

“Daripada 1,255 kes yang didaftar hari ini, 462 kes atau 36.82% adalah kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 73 kes atau 5.82% lewat daftar empat hingga lima hari dan 63 kes atau 5.02% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi lima hari.

“Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 602 kes atau 48.0%, saringan bergejala 357 kes atau 28.4%, 86 kes atau 6.9% daripada saringan kluster atau 81 kes atau 6.5% dari saringan bersasar dan 129 kes atau 10.3% melalui saringan lain-lain.

“Selain itu, terdapat 10 kes yang didaftarkan hari ini melibatkan OKT (orang kena tahan) atau banduan,” katanya.

Beliau berkata, daripada 1,255 kes yang berdaftar hari ini, 391 kes atau 31.16% adalah pesakit dalam Kategori 1, 800 kes atau 63.75% dalam Kategori 2, enam kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan 12 kes dalam Kategori 5 manakala 36 kes masih dalam siasatan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 05:34 PM | Show all posts
Alhamdulillah ... makin turun kes ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.067374 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list