CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3341|Reply: 2

[Sabah] Covid19 16/09/2021

[Copy link]
Post time 16-9-2021 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu 493 (310)
Sandakan 206 (158)
Tuaran 96 (128)
Lahad Datu 118 (108)
Penampang 43 (108)
Kota Marudu 78 (106)
Papar 89 (236)
Kota Belud 87 (96)
Kinabatangan 42 (84)
Tawau 81 (84)
Keningau 74 (79)
Putatan 89 (68)
Tenom 38 (64)
Pitas 57 (52)
Beluran 55 (51)
Ranau 82 (44)
Kalabakan 17 (44)
Kudat 30 (43)
Kunak 22 (32)
Tongod 35 (31)
Nabawan 38 (28)
Telupid 59 (27)
Beaufort 19 (16)
Sipitang 2 (10)
Semporna 13 ( 8 )

Tambunan 16 (2)
Kuala Penyu 3 (2)

*Angka dalam kurungan adalah jumlah  kes kelmarin*    *( 15/09/2021 )*

*Kluster Baru*

Tiada kluster baru direkodkan

*RUMUSAN HARIAN*
*(16/09/2021)*

Kes keseluruhan bagi Sabah mencatatkan hanya sedikit penurunan berbanding angka semalam namun kembali berada di bawah paras (2,000) kes. Hari ini jumlah kes yang dicatat ialah (1,982) kes dengan penurunan sebanyak (-33) kes.

Terdapat 14 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 13 daerah lagi mencatatkan penurunan. Daerah yang mencatatkan peningkatan kes antaranya Kota Kinabalu (493) kes dengan peningkatan (+183), Sandakan (+48), Ranau (+38), Telupid (+32), Putatan (+21), Tambunan (+14), Lahad Datu (+10) dan Nabawan (+10).

Antara daerah yang mencatatkan penurunan ketara ialah Papar (-143), Penampang (-65), Kinabatangan (-42), Tuaran (-32), Kota Marudu (-28), Kalabakan (-27), Tenom (-26), Kudat (-13) dan Kunak (-10). Sungguhpun bilangan daerah mencatatkan peningkatan kes lebih banyak, namun jumlah penurunan kes adalah lebih besar. Terdapat (29) kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini.

Daripada (1,982) kes yg didaftar hari ini, (665) kes atau 33.55% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (67) kes atau 3.38% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan (312) kes atau 15.74% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari.

Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (1,101) kes atau 55.5%, Saringan Bergejala (701) kes atau 35.4%, (9) kes daripada Saringan Kluster dan (171) kes melalui Saringan Lain-lain.

Kita juga mengambil perhatian bahawa peratusan kes melalui saringan bergejala (juga dikenali kes sporadik) di daerah Kota Kinabalu amat tinggi, yakni hampir 48% daripada jumlah keseluruhan. Ini satu isyarat & peringatan kepada semua untuk mematuhi semua SOP dengan serius kerana risiko jangkitan virus amat tinggi apabila berada dikhalayak ramai.

Daripada (1,982) kes yang berdaftar hari ini, (419) kes atau 21.14% adalah pesakit dalam Kategori 1, (1,452) kes atau 73.26% dalam Kategori 2, ( 8 ) kes dalam Kategori 3, sembilan (15) kes dalam Kategori 4 dan (5) kes dalam kategori 5. (83) kes masih dalam siasatan. 92.23% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.

MPL




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2021 10:12 AM | Show all posts
lambat juga update untuk Kategori klinikal kat Sabah ni ...

banyak juga untuk kategori 3 , 4 dan 5




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2021 10:23 AM | Show all posts
semalam ... Sabah ... 47 kematian ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.181048 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list