CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1706|Reply: 0

Kekurangan buruh ladang dijangka selesai tahun hadapan

[Copy link]
Post time 14-9-2021 01:15 AM | Show all posts |Read mode
Kekurangan buruh ladang dijangka selesai tahun hadapan


Gambar hiasan. - NSTP/ABDULLAH YUSOF

KUALA LUMPUR: Kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan dapat diatasi tahun depan, berdasarkan jangkaan kerajaan akan membuka semula sempadan dengan pertumbuhan kadar vaksinasi yang tinggi, kata MIDF Research.

"Kami melihat pengeluaran akan bertambah baik dan akhirnya mendorong kepada keredaan bekalan (minyak sawit mentah) yang ketat pada separuh kedua 2021.

"Bagaimanapun, kami berpendapat ia tidak begitu penting (tahun ini) memandangkan kekurangan tenaga kerja yang tidak dapat diselesaikan berikutan penutupan sempadan," katanya dalam nota penyelidikannya.

Jumlah pengeluaran pada Ogos 2021 lebih tinggi sebanyak 11.8 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.70 juta tan berbanding 1.52 juta tan pada Julai 2021 kerana minyak sawit tempatan telah memasuki paras puncak pengeluaran biasa pada Julai-Oktober berikutan keadaan cuaca yang lebih baik.

"Melangkah ke depan, kami jangka paras pengeluaran akan terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang berikutan cuaca yang lebih baik dan kelonggaran perintah kawalan pergerakan di seluruh negara," katanya, sambil menambah bahawa peningkatan pengeluaran kemungkinan akan mengurangkan harga minyak sawit mentah (MSM) kepada RM3,200 satu tan untuk 2021.

Dari segi permintaan, pembukaan semula kegiatan ekonomi di India dan China akan menggalakkan kegiatan penambahan semula stok.

Bagi paras inventori, MIDF Research menjangkakan stok simpanan akan bertambah baik dan berlegar sekitar 1.7 juta tan hingga dua juta tan dalam beberapa bulan akan datang.

Firma penyelidikan itu juga mengekalkan panggilan positifnya terhadap sektor perladangan.

Sementara itu, RHB Investment Bank, yang memberikan panggilan rendah terhadap sektor itu, percaya bahawa dengan tanaman sawit puncak dan tanaman kacang soya di Amerika Syarikat (AS) muncul pada suku keempat 2021, akan berlaku penyederhanaan harga dalam jangka sederhana.

Ia juga mengatakan bahawa diskaun alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh syarikat akan mengekang prestasi harga saham.

"Kami percaya ESG akan kekal menjejaskan penilaian untuk jangka masa sederhana, sekurang-kurangnya sehingga beberapa peserta besar dapat menyelesaikan isu buruh paksa mereka," katanya. - Bernama

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.050539 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list