CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 6 Oktober 2021)

  [Copy link]
Post time 16-9-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks for the update Dam


Alright kalau ada terbaca dimana2 nanti meol report ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut pula kat almari solek...i cuma tgk cermin dlm bilik air je tambah2 wfh skrg..x pyh nak bersolek sgt..huhu..thanks dam
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 15-9-2021 12:58 PM
Segala cerita disampaikan oleh aku, dammerung dalam thread ini tidak dibenarkan sama sekali digunaka ...

baiklah saya akan laporkan kalau jumpe kat mana2
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
terbaik laa cite dari india tu bro damm
kipidap!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghh, tt bermastautin yindia lak..teringat cite seram tamil, kachana.kelakorr campur serem
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 09:22 PM | Show all posts
dah lama tak masuk bod sini, tq untuk new updates ya. Serammmmmmm kesah hantu yindia nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik....cite memang best
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak sambung cerita baru lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq damerung kerna menyajikan cerita2 best buat kami di bod misterriiiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
member my mom masa muda2 dulu penah beli kain batik berpenunggu..ada orang dtg berjual kain batik(dulu kan pesen jual dari rumah ke rumah)..pastu acik ni beli la 1 kain batik ni..memalam dia asyik dengar budak menangis panggil mak..so dia gi jumpa org yg tau psl mistik(dedulu org panggil bomoh lah agaknya), rupanya org yg jual tu buang belaan dia thru kain batik tu..nasib acik tu la sebab ‘ter’pilih kain batik yg ada penunggu..pelesit kot..pastu acik tu disuruh hanyutkan kain batik tu ke sungai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Beberapa kali ku memandang meja solekku yach
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat cite hantu tamil ni memang best gile layan.. huhu.. terbayang expresi muka pelakon semua nampak hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooo best! Boleh nampak rambut panjang, mata merah. Nasib baca waktu siang!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 08:53 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 18-9-2021 03:37 PM
member my mom masa muda2 dulu penah beli kain batik berpenunggu..ada orang dtg berjual kain batik(du ...

ok ini seram ya gila apa pelepas saka dia kot kain batik huuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 03:44 PM | Show all posts
tq Dam....  best sgt
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 05:18 PM | Show all posts
Terima kasih bro Damm.

Selalu tertunggu tunggu cerita.

Moga terus berkarya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 12:58 PM | Show all posts
nasib baik xde meja solek haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 19-9-2021 08:53 PM
ok ini seram ya gila apa pelepas saka dia kot kain batik huuuuuuu

selfish giler kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 01:16 PM | Show all posts
quota Masjid Negara dah penuh hari ni. takde rezeki.
aku berkuntum baca cerita hantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2021 12:58 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 28-9-2021 01:22 PM

Kes 3/2021 - HimpunanKisah Dari India [Pengalaman Bersama Uppa]



Dari tahun 1974 hingga 1988, Said tinggal di Kochi, sebuah bandar besar diKerala. Merupakan anak bongsu dari tiga beradik, keluarga mereka turut disertai uppa dan umma, iaitu atuk dan nenek sebelah ibu.

Bapa bekerja di Pelabuhan Cochin manakala ibu merupakan seorang guru sekolah. Jarak umur di antara Said dan dua saudara tua kembarnya adalah 10 tahun, jadi Said lebih rapat dengan uppa dan umma.

Uppa dan umma menjalankan perniagaan kedai runcit menjual pelbagai rempah ratus dan merupakan seorang yang disegani masyarakat setempat. Susur galur keluarganya melahirkan ugamawan dan ketua komuniti Islam. Ada juga ahli keluarga terlibat dalam perjuangan menentang penjajah.

Tetapi keluarga uppa lebih dikenali sebagai pakar perubatan Islam dan ilmu diturunkan dari generasi ke generasi.

Cerita-cerita kejayaan menyembuh penyakit misteri membuatkan uppa agak terkenal di kalangan komuniti Muslim di India pada masa itu, sehingga ada yang datang sejauh Kashmir untuk berubat.

Kebanyakkan pesakit-pesakit uppa adalah mereka yang merana sakit mistik, seperti terkena buatan orang atau didampingi makhluk-makhluk halus tanpa sengaja.

Seperti di Malaysia, India juga terdapat mereka-mereka yang mengamalkan ilmu hitam dan membela saka. Ini kerana ada dikalangan masyarakat Muslim diIndia melakukan perbuatan terlaknat seperti menyantau dan menyihir disebabkan perasaan dengki, cemburu, iri hati, benci, dendam dan sewaktu dengannya.

Uppa mula membawa Said bersama pergi mengubat sebaik cucunya itu berkhatan pada usia 8 tahun. Ia adalah janji supaya setuju bersunat dan sebelum itu setiap kali Said merayu-rayu untuk ikut uppa, pasti dibilang, budak-budak tak boleh ikut.

Said hanya teman uppa sewaktu musim cuti sekolah sahaja. Bahkan, kalau uppa pergi mengubat pada hujung minggu pun Said tak boleh ikut. Setiap kali pergi mengubat, uppa tak pulang ke rumah selama dua ke tiga hari.

Pengalaman mengikut uppa sudah tentulah banyak. Pada awalnya, Said hanya tunggu di luar ketika sesi pengubatan sedang dilakukan tetapi setelah Said meningkat remaja, dia dinaiktaraf menjadi pembantu uppa dan turut serta dalam proses mengubat.

Said mula merekodkan pengalaman bersama uppa ketika berumur 12 tahun. Ketika itu, uppa sudah menerangkan tentang teknik, pantang-larang dan proses mengubat secara terperinci kepada Said.

Kalau nak diikutkan semua pengalaman bersama uppa adalah istimewa dan takkan dilupakan. Buat kisah kali ini, aku pilih satu kejadian semasa Saidberumur 17 tahun.

Pengalaman ini terjadi pada 1988, bertempat di Kaitharam, sebuah daerah terletak lebih kurang 36 kilometer dari Kochi.

Uppa didatangi seorang kenalan bersama seorang rakan di rumah. Rakan kenalan meminta tolong uppa untuk merawat ahli keluarga yang disyaki terkena buatan orang. Setelah dinyatakan simptom-simptom, uppa bersetuju untuk menolong.

Uppa tak pernah minta pengeras bagi khidmat perubatannya. Dia hanya minta disediakan tempat bermalam dan sedikit makanan, selain dari bahan-bahan bagi proses rawatan.

Uppa juga tidak sewenang-wenangnya akan mengubat. Dia akan terlebih dahulu cuba memahami keadaan si sakit melalui penceritaan orang yang datang meminta bantuan sebelum bersetuju. Uppa takkan menolong kalau kes tersebut merupakan ‘pulang makan tuan’ iaitu sihir yang dihantar untuk menganiaya orang lain tetapi ‘dipulangkan semula’.

Bagi kes ini, pesakit adalah seorang perempuan remaja. Bermula dengan sakitk epala teruk dan muntah-muntah, anak perempuan rakan kenalan yang menemui uppa itu mula meracau-racau, mengatakan ada lembaga hitam dengan wajah menakutkan sering muncul dalam bilik tidurnya.

Bapa pesakit telah membawa anaknya berawat ke bermacam hospital sehingga ke Bombay dan Delhi. Rawatan-rawatan dijalankan tidak dapat mengesan apa yang tak kena. Ada mencadangkan supaya membawa anak ke pusat psikiatri untuk membuat penilaian kewarasan.

Memang kecewa lah si bapa. Dia yakin anaknya tak ada masalah mental dan adalah mangsa perbuatan sihir musuh-musuhnya.

Pada hari dijanjikan, pergi lah uppa dan Said ke tempat pesakit. Seperti biasa, uppa akan pastikan tiba di tempat rawatan sebelum waktu Asar.  Ketibaan di sebuah rumah banglo disambut oleh tuan rumah. Kata Said, kalau kes buatan orang mesti melibatkan golongan berada. Orang miskin tak ada yang nak dengki, tapi orang kaya ramai musuh.

Uppa tak akan terus bertemu pesakit, tetapi berbincang lebih lanjut keadaan mangsa dengan ahli keluarga lain. Sebelum itu, uppa akan memeriksa rumah dan persekitaran luar. Kata Said, mengucap panjang juga uppa melihat keadaan rumah banglo itu.

Sebaik melakukan pemeriksaan, uppa menyatakan dia tak berjanji boleh memulihkan tetapi dia akan cuba sebaik mungkin. Uppa juga meminta supaya tuanrumah mengeluarkan minuman-minuman keras dan patung-patung hiasan dari dalam rumah. Tambahan lagi, tuan rumah dan keluarga dinashatkan supaya mengusahakan solat 5 waktu dan membaca Al-Quran sepanjang proses rawatan dilakukan

Berubah jugalah muka tuan rumah dengan permintaan uppa. Dinyatakan bahawa para malaikat tidak masuk ke rumah orang Islam yang tidak bersolat, tidak membaca Al-Quran dan menyimpan barang-barang haram.

Rumah yang tidak disinggahi malaikat adalah tempat kegemaran jin dan iblis. Apatah lagi makhluk dihantar khas dengan tujuan untuk merosakkan.

Said lihat tuan rumah dengan berat hati bersetuju. Uppa minta kebenaran untuk beristirehat dan akan memulakan pengubatan selepas waktu Isyak.

Mereka beransur ke sebuah bilik disediakan tuan rumah. Tapi uppa tidaklah berehat, tetapi melakukan solat sunat dan berzikir. Disamping itu, Said juga disuruh membaca Al-Quran, terutama sekali surah Ar-Rahman, surah kegemaran uppa.

Malam menjelang, uppa dan Said pergi ke ruang tamu. Disana, tuan rumah, isteri dan anak-anak yang lain sudah berkumpul.

“Saya minta samada isteri atau nak perempuan turut serta. Kalau boleh yang kuat semangat” kata uppa kepada ahli keluarga.

Kalau melibatkan pesakit bukan mahram, uppa akan minta seorang ahli keluarga turut serta dan ibu mangsa bersetuju.

Ketiga-tiga mereka menaiki tangga ke tingkat atas. Sempat Said melihat foto-foto keluarga tergantung di dinding.

Tiba di depan bilik, uppa meminta si ibu untuk membuka pintu. Uppa memasuki bilik dengan kaki kanan, diikuti Said.

Gadis yang terpasung di katil jauh berbeza dengan gadis dalam foto dilihat sebentar tadi. Kecantikannya telah dimamah oleh kesakitan dialami. Pipinya cengkung dan tubuh kurus kering. Kata ibunya, setiap kali cuba dibagi makan, anaknya akan termuntah-muntah.

Seperti tak percaya Said melihat si sakit adalah wanita berusia belasan tahun kerana dah macam nenek kebayan dia lihat.

Uppa memberi salam kepada gadis itu tapi tidak dijawab. Renungan tajam dari gadis mengikut pergerakan uppa dan Said. Walaupun dah berpuluh-puluh sesi rawatan Said terlibat, namun kejadian kali ini terasa lain. Tak pernah dia terasa seram melihat pesakit sebelum itu tapi buat pertama kali, bulu romanya meremang.

Said cuba berselindung di sebalik uppa kerana tak nak bertentang mata. Uppa kemudian duduk bersila di lantai sambil melihat gadis tersebut. Said perasan wajah uppa kelihatan sayu. Uppa memang mudah tersentuh kalau pesakit adalah dibawah umur, lagi-lagi kanak-kanak. Amat kasihan kerana budak-budak yang tak tahu menahu tentang permasalahan orang tua menjadi mangsa sihir.

“Saya nak mulakan rawatan. Harap ibunya kuat ya. Kalau anak minta tolong, tak kira macam mana lah dia minta, jangan dilayan kerana bukan anak ibu yang bersuara tapi makhluk didalam tubuh itu cuba menghasut supaya rawatan dihentikan” jelas uppa kepada ibu pesakit dengan panjang lebar.

Wanita separuh abad itu hanya mengangguk lesu sambil menggosok-gosok tangan anaknya.

“Allahumma salli wa sallim wa baarik `ala Sayyidina wa Mawlana Muhammadin....” uppa memulakan rawatan dengan salawat dibaca hingga selesai.

Ramai anak muda di kampong menzahirkan niat untuk menjadi anak murid uppa, namun di tolak. Jawapan uppa konsisten, iaitu bacalah Al-Quran dan fahami maksud-maksudnya. Said sudah melihat ramai wajah sugul anak-anak muda meninggalkan perkarangan rumahnya tatkala hajat ditolak uppa.

Bukan kerana sombong atau kedekut ilmu. Tetapi uppa tidak mahu ilmu rawatan disalahgunakan. Jangan kata orang luar, sedangkan Said, cucu kesayangannya sendiri dia tak berniat menjadikan penggantinya. Malah uppa begitu berharap Said menjadi seorang doktor perubatan suatu hari nanti.

Apa yang dikongsi kepada Said untuk kegunaan dirinya sahaja dan hanya digunakan kepada orang lain sekiranya terdesak dengan niat memulihkan.

Jika diamati jawapan uppa untuk mendalami Al-Quran itu ada benarnya. Takada apa yang istimewa dalam sesi rawatan uppa dan teknik sama dipakai olehmana-mana umat Islam di serata dunia iaitu Ruqyah.

Said meletakkan bekas berisi air di depan uppa. Bersama-sama mereka membaca surah-surah terpilih seperti Al-Araf dan Surah Yunus. Suara bacaan Al-Quran datuk dan cucu itu memenuhi ruang bilik dan gadis di katil meronta-ronta sambil terlolong.

Surah-surah dibaca berulang kali. Tubuh Said melekit-lekit kerana bilik panas berbahang. Peluh merecik di dahi hingga menitis-nitis dari dagunya.

Sepanjang itu jugalah anak rakan kenalan meronta-ronta minta uppa dan Said berhenti. Gadis itu meraung-raung meminta belas kasihan ibunya. Kata Said begitu kuat rontaan sehingga terangkat-angkat kaki katil.

Uppa dan Said berhenti setelah Ruqyah selesai buat kali ketujuh.

Tanpa disuruh Said menuju ke arah ibu pesakit dan memberikan bekas air.

“Bagi anak minum dengan perlahan” arah uppa kepada isteri rakan kenalan.

Gadis itu terbaring lemah dengan dada naik turun kerana kepenatan. Pergelangan kedua belah tangan berbirat-birat kerana ikatan ke tiang katil.

Wanita di hadapan mereka berhati-hati menuang air ke mulut anaknya. Bibir keringyang pecah lagi berdarah terketar-ketar ketika meneguk air bacaan Ruqyah.

“Sampai habis” kata uppa lagi kepada ibu pesakit.

Sebaik titisan terakhir masuk ke dalam mulut, gadis itu menarik nafaspanjang seperti baru mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Dia kelihatan lebih tenang. Nafasnya sudah mula beransur normal.

Uppa bangkit dan duduk di sisi katil, mendekati gadis itu.

“Kenapa kau rasuk anak dara ini?” kata uppa tenang walaupun direnung bengis.

“Aku tak nak keluar!” bentak makhluk dalam tubuh gadis.

“Air yang kamu minum tadi telah dibaca surah-surah suci. Seluruh tubuh kamuakan terbakar sebaik masuk fardhu subuh”

Sekali lagi gadis itu meronta-ronta.

Muka uppa terpalit air ludah. Makian dan cacian berbakul-bakul dilepaskan tetapi uppa tenang sahaja.

“Tuan aku lagi kuat dari kau” sergah makhluk itu lagi.

“Tiada yang berkuasa di dunia selain Allah SWT” jawab uppa selamba.

“Kalau aku mati, betina ini pun akan mati juga” ugut makhluk. Waktu ini, ibu gadis sudah menangis-nangis.

Uppa hanya ketawa kecil.

“Aku bukan tak kenal makhluk jenis kau ni. Kau tak ada kudrat untuk membunuh. Aku bagi peluang untuk kau keluar. Kalau masih berdegil, aku akan tarik kau keluar”

“Kau ingat senang?” balas gadis itu sambil ketawa.

Uppa kemudian menadah tangan membaca doa dalam nada berbisik. Kemudian menyuruh si ibu memegang erat pinggang anaknya.

Said disuruh untuk mengeluarkan botol kaca kecil dan bersedia dibelakangnya.

Ubun-ubun gadis digenggam kemas oleh uppa.

Selawat di baca tiga kali disusuli jeritan Allahuakbar. Laungan uppa bergema dan kemudian menyentap tangan dari kepala gadis.

Ibu gadis menjerit-jerit histeria. Di atas katil ada lembaga rambut panjang meronta-ronta cuba melepaskan kepala dari genggaman uppa. Makhluk itu mengeluarkan desiran seperti ular.

Uppa mendepa tangan kepada Said. Dihulurkan botol kaca dan seperti majik, makhluk itu disumbat masuk ke dalam botol.

Kapas putih ditonyoh masuk ke mulut botol dan kemudian dibalut dengan kain kasa putih.. Said lihat kain kasa itu berubah jadi hitam seperti terbakar.

Di dalam botol seperti ada asap nipis meliang-liuk.

Gadis itu tidak sedarkan diri dan Said disuruh memanggil ahli keluarga untuk masuk menenangkan ibu yang sudah seperti histeria.

Baru buka pintu, semua ahli keluarga dah berkerumun depan bilik.

Setelah keadaan menjadi tenang, tuan rumah bertanya dah selesai ke rawatannya?

“Saya akan sambung lagi selepas matahari pagi terbit” kata uppa.

“Hah?” tercengang tuan rumah dibuatnya.

“Tadi itu baru seekor” jelas uppa.

Anak perempuan tuan rumah itu telah dirasuki lebih dari empat makhluk halus yang diketahui. Bilangan sebenar boleh jadi berbelas-belas, atau berpuluh-puluh. Mungkin juga beratus, atau beribu. Kata uppa, sesiapa yang menyihir mempunyai kebencian teramat sangat kepada keluarga itu dan sihir digunakan dengan niat membunuh melalui penyeksaan mangsa.

Ini kerana uppa mengesyaki penyihir menggunakan janin bayi sebagai salahsatu ramuan. Memang amat terlaknat perbuatan tersebut.

Uppa minta kebenaran kepada tuan rumah untuk berehat sebentar. Tiba dibilik, uppa mengeluh panjang sambil beristughfar.



Bersambung ke bahagian seterusnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.064084 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list