CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2473|Reply: 16

[Politik] DERHAKA 2.0 : Keabsahan tak perlu diuji?

[Copy link]
Post time 5-9-2021 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Memandangkan Yang di-Pertuan Agong telah melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan maka tidak perlu undi percaya di Dewan Rakyat, kata Peguam Negara Idrus Harun.



Dia berhujah undi percaya perdana menteri boleh menjejaskan kuasa Agong.
"Sekiranya pelantikan Perdana Menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda, ini bermakna kuasa mutlak Seri Paduka Baginda boleh diatasi oleh pihak lain.

"Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.



"Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada fakta-fakta dan kedudukan di atas, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang," kata Idrus pada satu kenyataan hari ini.

Pun begitu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah perdana menteri yang dilantik perlu secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.
Kenyataan Istana Negra pada 18 Ogos itu susulan daripada pertemuan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan yang di-Pertuan Agong Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan bersama dengan ketua-ketua parti politik berikutan peletakan jawatan perdana menteri Muhyiddin Yassin



Kredit: Malaysiakini





Pun begitu, pendapat ini mendapat tentangan hebat pihak pembangkang dan netizen yang beranggapan Peguam Negara seolah-olah membelakangi Istana Negara dalam membuat keputusan



MP Ipoh Barat, M.Kula Segaran juga membidas dengan menyatakan bahawa Perdana Menteri Ke-3, Tun Hussein Onn dan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga melakukan undi percaya setelah dilantik menjadi Perdana Menteri



Komen iols: Berapa ramai lagi Melayu perlu derhaka untuk orang Melayu buka mata, aagitchuew




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kuasa agong mengatasi mandat rakyat.....then kenapa perlukhen Pilihanraya?

Agreed  kedudukan piyem bukan hak rakyat utk memilih...tapi tentunya piyem yg dilantik ini sewajarnya dari kalangan kelompok(parti) yg telah diberi mandat oleh rakyat...secara logiknya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
UMNO parti derhaka
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
majoriti dah ada ko takut ape maelllll
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 02:37 PM | Show all posts
Bila ada majoriti tipis pasti akan sentiasa tergugut macam2 boleh jadi kejadian lalu jadi pengajaran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 5-9-2021 02:24 PM
UMNO parti derhaka

Begitulah PM kesayangan ore Melayu Isley

Asalkan no Anwar gitu, nak derhaka ke, nak jual tanah ke, nak rasuah makan duit rakyat ke, semua halal bila jadi Melayu

Kalau situasi diterbalikkan and Anwar buat perangai begini, dah berhimpun dah segala macam pahlawan Melayu bertanjak acah gangster

Oh bangsaku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk nak keabsahan..yang pasti ramai dah basah kena kencing dengan wayang mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 5-9-2021 03:59 PM
Sibuk nak keabsahan..yang pasti ramai dah basah kena kencing dengan wayang mereka

So nak biarkan negara terus digadai dengan penipuan kah?

Kalau PM nak membelakangi Agong, mana pergi Melayu menyalak ketuanan semua? Tak nak merusuh berarak bila orang sendiri derhaka akan Sultan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu, di saat 13 hari lagi  Sabah bakal dibom nuklear, ahli politaik masih gigih berebut jawatan PM keabsahan Habsah Hassan pelbagai
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 07:20 PM | Show all posts
Lantikan Agung dulu pun bersandarkan jumlah sokongan. Undi percaya ni patutnya just nak membasahkan je.

Kenapa macam takut?

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kebasahan tidak berjaya dibuktikan di parlimen, kena SD lagi sekali ke?
Kutip nombor lagi pastu dapat kat Semail lagi, pastu Agong lantik lagi pastu undi basah lagi pastu tak berjaya majoriti lagi sampai AJM?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Steady Mail...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 07:51 PM | Show all posts
haha, akan tumbang kah mail?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Segalanya untuk pok mael
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 08:55 PM | Show all posts
x payah drama la.buat je. ..takkanlah x lepas.apa takut.semua dah kautim kann.azalina tu pun katanya nak jadi speaker nanti.sapa lagi nak memberontak?nanti bila rasa x confident acah2lah ada kes covid.boleh postpone macam sidang dun selangor.bila kecoh2 psl isu hutan simpan tetiba ada kes covid pulekss kowser la nak berbaik sangka....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 12:34 AM | Show all posts
Cotton gowns are popular among Indian ladies due to their comfort and ease of maintenance. The apparel is often vibrantly coloured and exquisitely crafted. summer Indian Cotton dresses females are typically handcrafted, thus they are more expensive than mass-produced gowns. Many ladies believe that the additional expense is justified because handcrafted gowns are of higher quality and last longer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 6-10-2022 12:46 AM

Setahun telah berlalu
Memori muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa kusedari
Ku petik mawar merah
Ku selit sebuah puisi
Tapi sayang pada siapa
Nak ku beri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.186572 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list