CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3037|Reply: 11

Vera Wang pereka fesyen yang belum tua-tua

  [Copy link]
Post time 30-8-2021 08:09 PM | Show all posts |Read mode

Walaupun sudah berusia, tidak dinafikan bahawa sesetengah orang memiliki tubuh badan yang sihat dan kelihatan awet muda. Antara faktor mempengaruhi keadaan tersebut seperti keturunan, sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta pengambilan makanan yang sihat.

Begitu juga dengan kisah seorang wanita berusia 72 tahun yang tular di media sosial baru-baru ini. Vera Wang merupakan seorang ikon wanita berdarah Asia kelahiran New York ini tampak begitu awet muda selain menarik perhatian warganet.

Menerusi satu perkongsian gambar sambutan hari jadinya di laman Instagram, Vera Wang yang tampil anggun dengan gaun warna kuning kelihatan seperti masih dalam lingkungan usia 40-an.










Sumber: Twitter (@Naija_PR)

Kelihatan bersahaja ketika Vera Wang mempamerkan bentuk badan yang masih langsing meskipun memasuki usia senja.

Vera Ellen Wang, atau lebih dikenali sebagai Vera Wang dilahirkan pada 27 Jun 1949 baru-baru ini, telah meraikan hari jadinya dengan rakan-rakan pereka fesyen lain di New York. Antara nama-nama besar yang turut hadir dalam majlisnya itu, Calvin Klein dan Donna Karan.

Sebelum berkhidmat sebagai seorang pereka fesyen sepenuhnya, Vera Wang pernah menjadi editor majalah fesyen Vogue selama 17 tahun sebaik tamat pengajian universiti.

Kemudian, dia meneruskan kariernya dengan bekerja bersama Ralph Lauren sebelum mula mereka gaun pertamanya pada usia 40 tahun.

Bagaimanapun, orang ramai tak percaya bahawa dirinya sudah berusia lebih 70 tahun disebabkan penampilan fesyen orang muda pada dirinya.

Menjengah ke ruangan komen pula mendapati, rata-rata warganet mengatakan bahawa mereka sendiri tidak menyangka umur wanita itu 72 tahun dan nampak lebih muda daripada umurnya.

“Bagaimana ini boleh berlaku? Dia kelihatan lebih muda dari bekas kekasih saya!” – Netizen

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di media sosial:






Sumber:https://iamlejen.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa 72 tahun!
Nampak macam 30an pun ya badan langsing dia
Masih elok tegak berdiri
Sikit tak bongkok
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Awet muda mcm marina abramovic.

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ader gambar dari ig orang lain, agak kerepot juger
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 09:17 PM | Show all posts
bungarose replied at 30-8-2021 08:29 PM
Bukan ader gambar dari ig orang lain, agak kerepot juger

yup. ada. kat ig donna karan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Uols baca nama sheols banyak2 kali nanti uols tau kenapa sheols awet muda.
Verwang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow sebaik tamat universiti dah jadi editor majalah Vogue gittew. Majalah bukan beshe2. Memang dahsyat naw opah Vera Wang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sheol kat ig geng lain nampak kerepot nya
tapi hokeh laa not bad for 72 yo lady
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 12:30 AM | Show all posts
I penah baaca iv dia sendiri pun ckp dia kawin lambat pada wanita sezaman dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:32 AM | Show all posts
AnnaSendin replied at 30-8-2021 10:02 PM
Wow sebaik tamat universiti dah jadi editor majalah Vogue gittew. Majalah bukan beshe2. Memang dahsy ...

Family background dia bukan besa2 sis... Kat msia pun ramai director  anakmenteri anak kerabat ehhh tetiberr lak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kt ig sndiri jer nampak muda..kat ig kwn dia aritu gigil dah badan..pastu yg pelik sambut bufday gambo dr blkg..kau mampo
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 15-9-2021 12:32 AM
Family background dia bukan besa2 sis... Kat msia pun ramai director  anakmenteri anak kerabat ehh ...

Kira networking aka kabel besa lah nieyh. Tapi memang betul, mana2 ajer kalau nak berjaya, kena ada network. Cam mark zuckerberg, walaupun heols benti u, tapi heols dari famili yang hade2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.059534 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list