View: 1161|Reply: 1
|
Awas gejala hidung tersumbat, selesema, musim2 covid-19 ni
[Copy link]
|
|
Varian Delta: Awas gejala hidung tersumbat, selesema
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Masyarakat perlu sentiasa peka dengan memantau keadaan kesihatan diri dan mendapatkan khidmat nasihat pegawai perubatan bagi memastikan tidak lewat mendapat rawatan sewajarnya.
Pensyarah Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat berkata, masyarakat terutama pesakit Covid-19 dan golongan berisiko perlu memahami dan mempunyai pengetahuan mengenai risiko kes kematian di luar hospital (BID).
"Ramai orang mungkin menyangka hanya kena gejala biasa apabila hidung tersumbat atau selesema sedangkan ia berkemungkinan gejala untuk varian Delta.
"Berbanding varian sebelumnya, Delta ini mempunyai lebih 1,000 kali virus berkoloni di bahagian nasal dan saluran pernafasan manusia yang menyebabkan selesema.
"Apabila menyerang paru-paru, keadaan kesihatan seseorang itu merosot dengan cepat hingga menyebabkan kematian tanpa sempat mendapat bantuan rawatan yang sewajarnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, kesedaran awal tentang gejala berkenaan mampu menyelamatkan lebih ramai nyawa dan mengurangkan kes BID.
"Mereka yang tiada gejala dan tidak tahu dia kena jangkitan dan mungkin juga ada komorbiditi antara golongan berisiko BID jika tidak dirawat dengan cepat.
"Oleh itu, masyarakat terutama pesakit Covid-19 harus sentiasa cakna dan memantau sebarang gejala sama ada sakit tekak, demam, selsema atau tahap oksigen mereka di rumah dengan menggunakan oximeter.
"Jika perlu hubungi klinik berdekatan atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara maya untuk mendapatkan nasihat konsultasi sebelum tindakan lanjut dapat dilakukan dengan segera," katanya.
Menurutnya, kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) perkara paling utama perlu dibudayakan masyarakat bagi mengelak sebarang jangkitan berlaku.
"Pencegahan pertama adalah memastikan diri kita tidak dapat jangkitan atau menjangkiti orang lain dengan amalkan SOP ketat dan hanya keluar rumah jika perlu.
"Jika rasa ada sejarah kontak rapat atau dengan sesiapa saja yang mungkin ada risiko, boleh buat ujian menerusi Kit Ujian Pantas Antigen Salixium pada hari keempat sebelum mengesahkan keputusan itu sekali lagi dengan saringan Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR)," katanya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini merekodkan peningkatan kes BID sejak penghujung Julai lalu dengan jumlah kes mencecah antara 80 hingga 100 kes seminggu.
KKM juga mendapati 20 peratus daripada mereka yang dijangkiti Covid-19 lambat mendapat rawatan di fasiliti kesihatan selain 80 peratus lagi tiada sejarah pengesahan saringan Covid-19.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
teruskan uploading material dan news perubatan ke dalam board perubatan; ianya sentiasa akan berguna bila netizen google, contribution anda akan keluar dalam carian mereka |
|
|
|
|
|
|
| |
|