CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2442|Reply: 0

Cara Halau Lipan Daripada Masuk Rumah & Bilik Air. Bahaya!

  [Copy link]
Post time 25-8-2021 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Cara Halau Lipan Daripada Masuk Rumah & Bilik Air. Bahaya!


CARA HALAU LIPAN DENGAN BERKESAN


Eeee gelinya dengan lipan di bilik air dan dapur! Sangat menyakitkan bila terkena bisanya! Lebih bahaya lagi jika lipan menyengat kanak-kanak atau warga emas di rumah.

Ia juga bergerak laju sehingga membuatkan kita sukar untuk membunuhnya .

Confirm bila terjumpa, bukan main panik lagi dibuatnya!

Bagi memastikan lipan tidak muncul lagi, anda juga boleh cuba beberapa cara halau lipan dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.

CARA HALAU LIPAN DARIPADA MASUK RUMAH / DAPUR

1. PASTIKAN RUMAH DALAM KEADAAN BERSIH
Berdasarkan satu kajian, lipan selalu ditemui pada tempat yang ada sumber makanan untuknya seperti anai-anai, lipas, labah-labah dan lalat.

Oleh itu, anda haruslah rajin membersihkan kawasan rumah bagi mengelakkan pembiakan serangga perosak yang boleh mengundang lipan.

Anda juga harus berikan lebih tumpuan kepada pembersihan pada kawasan lembap yang menjadi tempat kesukaan lipan seperti tandas dan dapur.

2. GARAM
Anda boleh gunakan garam dalam menghalau pelbagai serangga perosak termasuklah.

Taburkan garam pada laluan lipan bagi memastikan ia tidak datang lagi.

Jika garam sudah berkurangan, anda boleh tambahkan lagi sehingga tidak nampak lagi kelibat lipan.



3. UBAT GEGAT

Ubat gegat sudah cukup terkenal dalam menghalau pelbagai serangga perosak.

Lipan juga cukup tidak suka dengan baunya yang tajam dan kuat.

Letakkan ubat gegat pada kawasan lembap atau tempat yang sering menjadi persinggahan lipan.

4. DAUN PANDAN

Bau daun pandan yang wangi bukan sahaja sesuai diletakkan di dalam hidangan, malah ia juga sesuai digunakan sebagai alat penghalau serangga semulajadi.

Ambil beberapa daun pandan dan hirisnya halus-halus bagi menguatkan lagi aromanya.

Letakkan hirisan daun pandan di dalam bekas dan tempatkannya di sekitar kawasan rumah yang sering dilalui lipan.


5. SERAI

Selain daun pandan, lipan juga tidak sukakan bau semulajadi daripada serai.

Caranya ialah dengan tumbukkan atau hiriskan beberapa batang serai dan letakkannya pada kawasan yang sering dilalui lipan.

Anda juga boleh gunakan produk semburan anti-serangga berasaskan serai yang banyak dijual di pasaran.


6. SABUN CECAIR PENCUCI PINGGAN

Anda juga boleh gunakan sabun cecair pencuci pinggan untuk menghalau dan membunuh lipan.

Lipan yang terkena air sabun akan mati apabila sabun cecair mengering.

Caranya ialah dengan mencampurkan segelen air suam dengan dua sudu sabun pencuci pinggan.

Isikannya di dalam botol semburan. Semburkannya pada kawasan lembap dan pada bahagian sudut.


7. GUNAKAN DEHUMIDIFIER

Lipan memerlukan kawasan yang lembap untuk hidup.

Bagi mengelakkan lipan datang ke rumah, anda juga boleh letakkan dehumidifier pada tandas dan dapur bagi menyerap lebihan lembapan.

Paling senang beli Thirsty Hippo tu je, banyak ada dijual di kedai dan boleh cari dekat Shopee / Lazada.

Jangan lupa juga untuk letakkan pada kawasan yang kurang pengudaraan seperti almari dan stor.



JANGAN PANIK TAU!
Walaupun lipan jarang ditemui berbanding serangga perosak lain, namun ia boleh buatkan kita panik kerana bisanya yang membahayakan.

Apa kata anda cuba tips-tips ini? Bahan-bahannya juga mudah didapati di rumah dan sekaligus boleh menghalau serangga perosak lain seperti lipas dan semut.

Pastikan rumah anda juga sering dibersihkan dan tidak ditinggalkan lembab bagi mengelakkan lipan dan serangga perosak lain datang.

Selamat mencuba!

Sumber rujukan:

How to Kill Centipedes
https://www.tipsbulletin.com/how-to-kill-centipedes/
10 ways to get rid of centipedes from your home today
https://www.iproperty.com.my/lif ... des-from-your-home/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.119975 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list