CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1839|Reply: 3

Banyak sektor Ekonomi akan dibuka bulan depan

[Copy link]
Post time 23-8-2021 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Operasi ekonomi dijangka lebih terbuka mulai Oktober


Program vaksinasi yang berlangsung dengan baik membuka harapan lebih banyak sektor ekonomi dibuka semuka - NSTP/Ghazali Kori.

KUALA LUMPUR: Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, operasi ekonomi yang lebih terbuka dijangka berlaku pada Oktober atau November ini apabila negara telah mencapai imuniti kelompok.

Beliau berkata, harapan berkenaan adalah seiring dengan pencapaian program vaksinasi negara yang memberangsangkan.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 55.6 peratus atau 13,022,246 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

"Berikutan kes COVID-19 yang masih tinggi dan pada masa yang sama kita dapat melihat program vaksinasi yang berlangsung dengan baik, justeru, ada harapan yang tinggi supaya situasi yang kita hadapi pada masa ini dapat diperbaiki," katanya dalam program 'Koresponden Bernama' bertajuk 'Pulihkan Kestabilan Ekonomi Negara' yang disiarkan di Bernama TV hari ini.

Sementara itu, beliau berkata meskipun negara mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku kedua 2021 yang meningkat 16.1 peratus dari tahun ke tahun, data bulanan KDNK pada Jun telah menguncup pada kadar 4.4 peratus.

"Ini jelas menunjukkan, apabila berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama PKP penuh, ia akan memberi kesan kepada momentum pemulihan ekonomi.

"Setakat ini, 16.1 peratus itu dikira positif. Namun, kita dapat lihat data bulanan Jun menguncup. Jadi, memang PKP dan COVID-19 masih memberi kesan secara langsung kepada ekonomi negara," katanya.

Berhubung pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berpendapat peniaga dan pelabur mungkin bersikap 'tunggu dan lihat' dalam masa terdekat ini dan menantikan strategi selanjutnya daripada kerajaan untuk mengawal pandemik dan memulihkan ekonomi.

Mengenai Belanjawan 2022, Mohd Afzanizam menjangka lebih banyak peruntukan akan diberikan untuk membantu rakyat dari sudut perniagaan dan bayaran pindahan kepada golongan rentan.

Menurutnya, kerajaan perlu memulakan perbincangan mengenai strategi untuk memulihkan kembali kedudukan kewangan apabila ekonomi sudah mencapai satu bentuk pemulihan yang mampan.

"Negara tidak boleh kekal dalam keadaan defisit fiskal yang besar kerana ia akan menyebabkan daya saing ekonomi tidak tahan begitu lama.

"Saya berharap akan ada satu signal, sekurang-kurangnya menandakan keseriusan kerajaan untuk memperbaiki kedudukan fiskal mereka buat masa ini," katanya.

-BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2021 11:25 PM | Show all posts
berita baik saat pandemi seperti ini. ekonomi jadi lebih terbuka. terima kasih infonya kak
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 03:11 AM | Show all posts
sekarang sudah lewat masa pandemi,keadaan sudah menjadi lebih baik dan ekonomi sudah membaik
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2023 12:19 PM | Show all posts
ini tahun 2023 kesempatan baru untuk siap berkembang dan menjemput peluang baru dalam bisness dan peluang pekerjaan untuk semua warga Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057379 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list