CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4810|Reply: 16

[DRAMA MELAYU] Drama Mat Salleh Celup Tahap PPRT

[Copy link]
Post time 22-8-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kebanyakan drama Melayu masih tidak boleh lari dari tahap keparitan. Makna kata tiada kajian lanjut dibuat untuk menghidupkan drama daripada segi pemilihan para pelakon, skrip, gaya lakonan, latar tempat dan masa dan pakaian serta tema drama.

Tadi saya tertonton satu drama Melayu di TV Al-Hijrah bertajuk "Mak, Abang Nak Kahwin". Tidak diketahui yang drama ini baru ditayangkan atau hanya drama ulangan.

Saya sangat 'cringe' melihat jalan cerita drama tersebut. Sudah-sudahlah pamerkan drama bertemakan cinta tapi menunggang agama. Sungguh tidak membangunkan ummah. Dari awal hingga akhir episod asyik bercinta-cintun, tiada hala tuju. Watak perempuan adalah dari London bernama Jennifer tapi langsung tidak terdengar loghat Londoner, lebih kedengaran Bahasa Inggeris loghat Datin Kiah yang baru berjinak-jinak  bergaul dengan golongan kayangan. Raut wajah pun tak ada iras mat salleh dari London, lebih kepada raut mat salleh campuran Melayu.

Jalan cerita pula, alahai.. Lemah longlai. Tiada semangat hendak memotivasikan penonton. Asyik nak bernikah kahwin sahaja. Dan seperti biasa mesti ada kaum keluarga yang menghalang. Plot cerita dah boleh diagak. Nak kata pihak produksi nak jimatkan kos pengeluaran, produksi tersebut bukan calang-calang. Dah mengaut untung berjuta-juta hasil box office filem-filem terdahulu.

Sudah sampai masanya pihak produksi mencontohi drama-drama dari negara luar terutama dari barat. Bagaimana mereka mengolah drama untuk menampakkan kesan realistik, mengkaji sesuatu untuk menghasilkan skrip yang berkesan. Bosanlah penonton jika asyik dihidangkan dengan tema yang sama. Lemah longlai oiiiiii!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tv al hijrah ni stakat nk tayang drama di mana pelakonnya perlu bertudung je
siang malam berhijab walau scene atas katil nk tido
mcm bodoh je si tukang beli content drama kat tv al - hijrah ni
penerbit and pengarah pun senang je..suruh je pelakon sauk tudung asal bleh jual drama ke tv alhijrah
dan of course,konsep drama tetappp sama..balik2 cite psl kawen kawen kawen...mcm la ummah meleis ni sume akan mampos kalo tak kawen
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn la berharap setaraf 'Downton Abbey'..udh drama kita dilabel 'drama kul 7(jer).
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade org ckp org Malaysia yg suka cerita cintan cintun. Apakah benarr?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts


Mmg la rupa melayu.. tania hudson ka?

  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-8-2021 05:59 PM
tv al hijrah ni stakat nk tayang drama di mana pelakonnya perlu bertudung je
siang malam berhijab w ...

TV Al Hijrah nieyh iols dah lama perati. Stesen tv tangkap muat segala produk timbang kilo, segala drama cintan cintun bersadur agama kekonon. So sad untuk sebuah stesen yang mengangkat agama katenyer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 22-8-2021 06:05 PM
jgn la berharap setaraf 'Downton Abbey'..udh drama kita dilabel 'drama kul 7(jer).

Iols harap wujud perubahan ajer. Bosan tema yang sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Matchamana replied at 22-8-2021 06:05 PM
Ade org ckp org Malaysia yg suka cerita cintan cintun. Apakah benarr?

Berdasarkan tiktok, fesbuk, twitter dan ig, meibi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 22-8-2021 06:48 PM
Mmg la rupa melayu.. tania hudson ka?

Iyer kaka. Okaylah boleh diskaun ropa meleis sikit2 tapi slang ittuew pliss stadi slang londoners. Or mana2 British slang. Tengok citer harry potter pun okay ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 22-8-2021 07:38 PM
Iyer kaka. Okaylah boleh diskaun ropa meleis sikit2 tapi slang ittuew pliss stadi slang londoners. ...

Alaa drama..
Kalau realiti jaman now, org2 kg lagi megah kott.. jaman dolu2 jahh deme tak suka. Siap fengshan kalau anak bawak balik omputih.. giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-8-2021 05:59 PM
tv al hijrah ni stakat nk tayang drama di mana pelakonnya perlu bertudung je
siang malam berhijab w ...

Lps kawin wajib scene mengandung, beranak dpt baby...hahahah
Pencapaian terhebat org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 22-8-2021 10:35 PM
Lps kawin wajib scene mengandung, beranak dpt baby...hahahah
Pencapaian terhebat org melayu

mmg akak rasa nak baling lesung batu kat script writer ya...dgn tema mcm gampang, yg x abih2 psl kawen.
pastu dialog asal boleh and dialog pun bodoh2 je mcm awak dah makan? Awak suka saya? Awak keluar dgn pompuan mana tadi? Mak nak jodohkan ko dgn anak acik munah, Papa harap kamu kawen la dgn anak tan sri tu
Ya Ampun...x membina minda lgsg dialog mcm sial ni sume
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 10:25 AM | Show all posts
citer p ramlee dulu lg elok jalan cerita.
bukan semata pasal kawen ja
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 11:37 AM | Show all posts
tengok filem indo The Wedding , oasal kahwin juga tp menarik dan penuh rencah..simple je tema nk kawin berbeza agama,,tapi aku layan..tmbh2 pula bila senguk sket adat perpatih..woah..menarik la dgr bahasa perpatih tu....

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 12:22 PM | Show all posts
Aku dah lama x tgk drama melayu. Sbb cerita dia sama. Tgh binged Ballers. Lakunan the The Rock. HBO. Cuma x sensor kat astro. So hati2 kalau nk tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 10:13 PM | Show all posts
teruk nau eksen british nya huhuhu..dr dulu x berkenan dengan drama2 tv hijrah ni kecuali drama bila aidil ada fitri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2021 09:22 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-8-2021 05:59 PM
tv al hijrah ni stakat nk tayang drama di mana pelakonnya perlu bertudung je
siang malam berhijab w ...

cam buduh kan...pelakon timur tgh pun x mcm retis kat malaya ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.271257 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list