CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1119|Reply: 1

Sukan permotoran bakal gulung tikar

[Copy link]
Post time 21-8-2021 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Sukan permotoran negara mungkin akan gulung tikar sekiranya tiada pendekatan terbaik mampu dilakukan oleh kerajaan bagi membantu industri itu terus bernafas.

Malah, lebih ramai penaja dijangka akan menarik diri berikutan keadaan pandemik yang tidak menampakkan trend penurunan.

Perkara itu nyata menggusarkan pengurus pasukan Honda Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang bimbang akan kehilangan penaja.

"Susah nak cakap sekarang ini sebab penaja pun takut untuk menaja sebab tahun ini pun kami belum dapat memenuhi kemampuan mereka.

"Nak cakap banyak pun susah juga sebab kami sendiri pun tak pasti apa akan terjadi yang ke depan ini.

"Kalau kami dapat berlumba dalam tempoh empat bulan ini bolehlah juga kami yakinkan penaja untuk terus jalinkan kerjasama tapi sekarang ini adalah sukar sebab kita sendiri pun tak tahu apa akan jadi," katanya.

Bukan hanya setakat di Malaysia, malah beberapa perlumbaan besar terutamanya seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) juga terpaksa dibatalkan kerana Covid-19.

Katanya, mungkin cara terbaik untuk kembali menghidupkan perlumbaan adalah membenarkan perlumbaan peringkat tempatan berlangsung bagi meneruskan kesinambungan sukan permotoran tanah air.

Terdahulu perlumbaan GP Malaysia 2021 dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 serta sekatan perjalanan dilaksanakan Malaysia, sekali gus ia tahun kedua berturut-turut penganjuran perlumbaan itu dibatalkan.

Perkara itu diumumkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP.

Misano akan mengambil alih tempat SIC yang bakal menjadi perlumbaan MotoGP kedua dalam bulan berkenaan dengan litar yang dinamakan sempena mendiang Marco Simoncelli itu akan menganjurkan GP San Marino pada 19 September.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2021 07:50 PM | Show all posts

PANDEMIK Covid-19 menyebabkan perlumbaan terpaksa ditangguhkan. FOTO Ihsan Malaysia Cub Prix
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.053267 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list