CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1187|Reply: 1

Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan

[Copy link]
Post time 21-8-2021 07:47 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Pembatalan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2021 di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadual pada 22 hingga 24 Oktober ini memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.

Ini kerana menurut Hafizh yang menyertai NTS RW Racing GP musim ini, perlumbaan di Sepang itu sepatutnya bakal menyaksikan penampilan pertamanya bersama pasukan dan jentera baharu.

Beliau juga merindukan saat berlumba di laman sendiri selepas kali terakhir beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tempatan pada musim 2019.

“Saya pun tak tahu masa depan saya macam mana, kalau saya tiada di tahun hadapan mungkin belum pasti ada pelumba Malaysia (bersaing) musim depan,” katanya dalam satu klip video kepada media pada Jumaat.

Susulan pembatalan perlumbaan tersebut, pelumba berusia 26 tahun itu turut hampa apabila terpaksa mengharungi perlumbaan berulang kali di Eropah selepas ketiadaan beberapa siri perlumbaan lain di Asia antaranya GP Jepun.

Sementara itu, Hafizh berkata, pembatalan GP Malaysia turut menyaksikan impian peminat melihat penampilan terakhir legenda MotoGP Valentino Rossi di Sepang sebelum bersara daripada sukan itu tidak kesampaian.

“Ramai peminat yang masih menyokong Valentino Rossi, yang nak tengok Valentino berlumba di Sepang buat kali terakhir,” katanya.

Perlumbaan GP Malaysia 2021 dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 serta sekatan perjalanan dilaksanakan Malaysia, sekali gus ia tahun kedua berturut-turut penganjuran perlumbaan itu dibatalkan.

Perkara itu diumumkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP dalam kenyataan bersama, semalam. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... Malaysia-dibatalkan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2021 07:48 AM | Show all posts

Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan. - Foto RW Racing GP
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... Malaysia-dibatalkan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.153593 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list